Saturday, January 9, 2010

TAMADUN CINA



17.1 PENGENALAN: ASAL-USUL DAN LATAR BELAKANG

Sebagai mana tamadun Mesir (Lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia atau Sumeria (Lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates), tamadun India (Lembah Sungai Indus), dan tamadun Yunani (Eropah), tamadun Cinajuga merupakan salah sebuah tamadun yang tertua dan berkesinambungan sehingga masa kini di atas muka bumi ini. Tamadun Cina memiliki sifat-sifat terbuka dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun dunia lain, integratif dan dinamik walaupun pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahan- perubahan dalam proses perkembangan yang panjang. Namun, jauh daripada terserap oleh tamadun lain, tamadun Cina mengekalkan identitinya sebagai suatu tamadun berkesinambungan dan kekal pada keseluruhannya.


17.1.1 Kebudayaan Yangshao

Tamadun Cina dipercayai bermula kira-kira pada milenium ke-6 Sebelum Masihi (SM). Bagaimanapun, berdasarkan bukti-bukti penemuan arkeologi antara kebudayaan-kebudayaan Neolitik (Zaman Batu Baru), yang paling awal dan mempunyai ciri tersendiri disebut Yangshao berdasarkan namatinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan ini yang terletak di Yangshao di provinsi Shaanxi. Tapak terawal petempatan Yangshao yang dibangunkan sepenuhnya itu pula mula muncul pada milenium ke-5SM di Banbo, Xi'an di provinsi Shaanxi. Tapak- tapak tradisi kebudayaan Yangshao ini dijumpai di teres-teres berhampiran cawangan-cawangan Sungai Wei dan Huanghe (The Yellow River) dan ini menunjukkan kawasan terletaknya pusat peradaban Cina. Di kawasan ini, selama berkurun-kurun lamanya tanah pasir halus yang dimendapkan oleh angin telah menjadi tanah loes yang subur, lembap serta mudah untuk dikerjakan terutama dalam bidang pertanian. Keadaan bentuk geografi ini telah mendorong dan menggalakkan pembangunan petempatan manusia dan kegiatan pertanian.

Berdasarkan tinggalan arkeologi, didapati bahawa orang Yangshao menetap di perkampungan kecil dengan kegiatan bertani, memelihara babi, membuat tembikar berlukisan (paintedpottery) dan menanam mayat si mati dalam tanah perkuburan yang khas. Makanan asasi atau ruji orang Yangshao ialah bijirin (milet) dan ia kekal diet asas rakyat biasa di bahagian utara negara China. Satu lagi unsur tradisi dan kesinambungan ialah peranan orang Cina dalam bidang penternakan binatang seperti babi (dan kemudiannya ayam) sebagai diet tambahan. Asas teknologi pertanian yang diubahsuaikan secara turun-temurun ini, juga menyumbang terhadap asas pertumbuhan ekonomi dalam tamadun Cina.

Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu kira-kira 6 mileniumSM, kebudayaan atau tamadun Yangshao ini telah berkembang serta terbentang di bahagian-bahagian tengah dan ulara negara China, dan kemudiannya diganti secara beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan.

17.1.2 Kebudayaan Longshan dan Zaman Gangsa

Kebudayaan Longshan muncul sejak pertengahan kurun ke-2SM dan Zaman Gangsa Awal (Bronze Age) lewat milenium ke-2SM atau awal milenium pertamaSM merupakan kebudayaan yang lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao. Tamadun Longshan diberi nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan, di provinsi Shandung. Manakala pusat-pusat penting peradaban Zaman Gangsa terletak di Lembah Sungai Yangzi di provinsi Jiangxi dan juga di Sanxingdui, di provinsi Sichuan.

Berbanding tembikar bertanda tali pintal (cord-marked) dan yang berlukisan, tembikar Longshan (terutamanya tembikar hitam) bergantung kepada gaya dan bentuk sebagai daya penarik estetiknya dan jarang dijumpai lukisan hiasan seperti yang ada pada bekas-bekas Yangshao. Kualiti tembikar Longshan yang lebih tinggi mutunya menunjukkan penggunaan mesin peroda tembikar


(potter's -wheel) dalam pengeluarannya. Ciri-ciri peradaban pertanian Longshan termasuk penanaman bijirin dengan menggunakan penyodok dan sabit.

Dalam Zaman Gangsa pula, gangsa dinilaikan sebagai simbol elit kuasa diraja dinasti Shang (1766SM-1122SM) dan tukang-tukang gangsa dihormati sebagai ahli masyarakat yang penting di negara ini. Logam gangsa dihubung kait dengan bekas-bekas ritus (ritual vessels) atau untuk upacara keagamaan selain digunakan untuk membuat loceng dan senjata. Penggunaan gangsa tersebar meluas di kalangan kaum bangsawan yang lebih rendah taraf statusnya di sepanjang tempoh dinasti Zhou (kk 1123-221SM). Artifak-artifak halus termasuk lampu dan patung-patung kecil, kesemuanya diperbuat daripada gangsa secara berterusan sepanjang era empayar tersebut. Namun begitu, pembangunan teknologi besi sejak lebih kurang 500SM telah mengehadkan perkembangan kegunaan gangsa untuk tujuan umum.

Dinasti Shang memperlihatkan dengan ketara mengenai satu fasa pembangunan yang baru iaitu kemunculan peradaban melalui kelahiran ciri-ciri bertamadun antaranya pembentukan negara-kota, penggunaan sistem tulisan, peningkatan pengkhususan pekerjaan dan organisasi masyarakat yang lebih kompleks. Peradaban Shang berpusat di bahagian utara He'nan, yang ditemui dua tapak arkeologi di Zhengzhou dan Anyang yang memberikan maklumat sejarah mengenai dinasti dan tamadun ini. Namun begitu, tarikh tepat peradaban Shang dan dinasti Shang masih tidak dapat ditetapkan. Walaupun tahun 1766SM-1122SM adalah tarikh yang diterima secara tradisi, namun terdapat bukti- bukti yang menyokong pendapat bahawa dinasti Shang bermula kira-kira 1600SM dan berakhir pada tahun 1027SM.

Selain penemuan inskripsi di atas tulang oracle dan kulit kura-kura (tortoise shells) dan bekas-bekas yang diperbuat dengan gangsa rata yang ditarik oleh kuda, tembok-tembok mengelilingi ibu kota-ibu kota dinasti Shang, hasil penemuan arkeologi ini memperlihatkan perbezaan-perbezaan utama antara peradaban Shang dengan peradaban-peradaban Neolitik sebelumnya.

17.2 UNSUR-UNSUR ASAS TAMADUN CINA

17.2.1 Alam Sekitar yang Mencorakkan Tamadun Cina

Tempoh Neolitik di negara China mempunyai kedudukan yang unggul dalam sejarah perkembangan peradaban Cina kerana dalam tempoh terdekat ini, aktiviti-aktiviti pertanian telah dimulakan. Pusat utama kebudayaan Yangshao tersebar di sekitar dataran tinggi Loes, menggalakkan penanaman bijirin, bersesuaian dengan keadaan cuaca gersang di bahagian timur negeri China.

Tapak kebudayaan Hemudu terletak di bahagian bawah Lembah Yangzi, di selatan Teluk Hangzhou, provinsi Zhejiang. Benih-benih padi telah ditemui di sekitar tapak tersebut, yang menandakan bahawa ia adalah tapak awal sawah


padi ditanam secara meluas. Cuaca lembap dan panas dengan lokasi geografinya yang rendah menyumbang terhadap kejayaan penanaman sawah padi di kawasan ini.

17.2.2 Sistem Pertanian Purba

Ternyata asal-usul peradaban pertanian purba di negara China memperlihatkan kesanggupan manusia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca dan lokasi geografi yang berbeza (di kedua-dua dataran loes tinggi dan lembah Sungai Yangzi), dan menghasilkan apa yang disebut Kebudayaan Milet (Bijirin) dan Kebudayaan Sawah Padi yang wujud secara berasingan di bahagian utara dan selatan China. Kedua-dua jenis kebudayaan tersebut telah mengasaskan peradaban pertanian di negara China untuk selama beberapa ribu tahun. Faktor- faktor tersebut juga membantu menjawab persoalan (dari perspektifsejarah) kenapa pembangunan berbentuk pertanian begitu dititikberatkan oleh dinasti- dinasti Cina yang lepas.

Berbanding negara-negara kelautan yang memiliki kawasan pedalaman yang terhad, wilayah-wilayah di negara China adalah luas sekali. Ini ditambah lagi dengan dataran pedalamannya yang luas tanpa wujudnya halangan-halangan semula jadi yang menghalang atau membatasi hubungan rakyat telah memudahkan integrasi dan keseragaman politik, ekonomi, kebudayaan dan ketenteraan. Berdasarkan lokasi geografi negara China, di bahagian timurnya menghadap ke lautan, di bahagian barat-laut dirintangi oleh gurun yang luas dan di barat daya iaitu Dataran Tinggi Qinghai-Tibet yang terluas di dunia (dengan ketinggian 4,000 hingga 5,000 meter secara purata) telah membentuk satu zon yang separuh tertutup dari dunia luar. Alam sekitar sedemikian bersama daerah pedalamannya yang luas telah mencorakkan sikap bangsa Cina yang berdikari, peramah serta cintakan pendamaian. Keyakinan diri pula membolehkan mereka menerima dan mengasimilasikan sebarang kebudayaan luar yang dibawa masuk ke dalam negara China. Mengenai peranan dan kepentingan sungai, pengaliran sungai yang kebanyakannya menghala ke kawasan timur atau selatan, di samping musim panas yang jauh lebih panjang berbanding dengan keadaan di utara telah menggalakkan pergerakan penduduk, terutamanya para petani untuk menetap di bahagian selatan China. Seiring dengan pola pergerakan ini, perkembangan kebudayaan juga turut menghala ke kawasan selatan.

Berbanding dengan bilangan penduduk yang agak besar sejak dinasti Qin (221SM-206SM) dan Han (206SM-220TM), tanah yang sesuai untuk dijalankan kegiatan bercucuk tanam itu adalah terhad. Tekanan kekurangan tanah ini telah mengakibatkan tanah diusahakan secara maksimum. Bagaimanapun, pendapatan danpada hasil tanaman ini sekadar untuk menampung kehidupan mereka. Namun, sikap terikat dengan tanah, bekerja keras dan berpuas hati dengan segala yang sedia dimiliki mereka telah


mencerminkan psikologi bangsa yang merindui kampung asal dan ontakan tanah air.

17.2.3 Bahasa dan Sistem Tulisan Cina

Berdasarkan perbandingan dari segi bahasa, dengan bahasa-bahasa lama ("kuno'i mencatatkan sejarah kerana penggunaannya yang meluas di zaman silam, tetapi bahasa Cina pula merupakan satu-satunya bahasa yang masih kekal, hidup dan berkembang dan digunakan sehingga masa kini.

Mengenai sistem tulisan, tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zh'shi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng (gabungan bentuk-bunyi), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu hurufCina, iaitu zhuanzhu (mutual semantik transfer) dan jiajie [loan character). Kesemua kaedah tersebut dikenali secara tergolong sebagai liushu (six principles of writing).

Selain sebutan bunyi dan maksud, setiap tulisan Cina mempunyai bentuk yang istimewa. Bentuk tulisan Cina inilah yang telah menyumbang terhadap perpaduan bangsa Cina dan pembentukan kebudayaan Cina yang agung di dunia. Ini adalah kerana sungguhpun terdapat banyak diaiek di China yang sebutannya mungkin jauh berbeza antara satu dengan yang lain, tetapi orang Cina hanya perlu mempunyai satu sistem tulisan yang tunggal yang boleh digunakan oleh semua orang Cina sebagai bahasa pengantar untuk berkomunikasi. Maka bahasa Cina telah menjadi faktor unifikasi utama dan amat penting bagi rakyat Cina dan tamadun Cina.

Selain bangsa Cina, tulisan Cina juga digunakan oleh bangsa-bangsa lain di Asia terutama di Asia Timur seperti negara Jepun, Vietnam dan Korea. Walaupun mereka mempunyai bahasa tersendiri namun tulisan Cina juga digunakan sebagai sebahagian daripada tulisan mereka.

17.2.4 Pembentukan Bangsa Tionghoa

Dari aspek kenegaraan, China merupakan sebuah negara besar yang mengandungi masyarakat yang berbilang kaum. Menurut sejarahnya, melalui proses peredaran zaman dan kerjasama antara semua kaum, maka terbentuk suatu bangsa Tionghoa dalam erti kata nation (rninzu) yang moden, yang mengandungi pelbagai kaum di negara China.

Melalui penemuan arkeologi dan catatan-catatan sejarah purba negara China yang begitu banyak menunjukkan bahawa terdapat suku-suku yang berbilang kaum pada zaman Neolitik dan zaman purba yang berikutnya. Di kalangan suku-suku im mereka tiru-meniru, berkahwin campur, bersengketa dan berperang, dan berintegrasi, sehingga menjadi satu suku bangsa yang kuat. Seterusnya, mereka memimpin suku-suku kecil di sekitar wilayahnya dan


mendirikan negara yang berbentuk primitif. Perkembangan ini merupakan asas kepada struktur pembentukan bangsa Tionghoa.

Menurut para sarjana China, terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar pada zaman purba Cina iaitu pertama, kumpulan Yan-Huang yang diwakili Yan Di dan Huang Di yang dikatakan berasal dari kawasan loes di Provinsi Shaanxi di bahagian barat China; kedua, kumpulan Feng-Yang yang tersebar di sekitar dataran-dataran yang terletak di bahagian timur China dan ketiga, kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku-suku bangsa di Selatan China. Hasil daripada integrasi ketiga-tiga kumpulan bangsa utama yang tersebut di atas, di samping suku-suku bangsa yang lain selama beberapa ribu tahun maka terbentuklah suatu entiti bersepadu yang diberi nama bangsa Tionghoa (Zhonghua minzu) pada hari ini.

17.2.5 Pandangan Semesta dalam Tamadun Cina

Pemujaan nenek moyang dan Tian di samping kepercayaan primitif, iaitu animisme iaitu pemujaan binatang, tanaman, matahari, bintang, sungai serta kuasa-kuasa lain yang dipercayai wujud dalam alam semula jadi, telah wujud di kalangan masyarakat Cina sejak zaman silam lagi.

Konsep Tian atau langit sebagai makhluk unggul {supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak dinasti Zhou (kkll23SM-221SM). Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme.

Dalam kitab Daoisme iaitu Daodejing pula, Tian disamakan dengan Daa Konsep Dao secara harfiah bermaksud jalan {the way). Dalam kitab ini juga, Dao dianggap prinsip agung yang merangkumi keseluruhannya {all embracing), tempat asal-usul semua makhluk. Dao diibaratkan sebagai ibu yang melahirkan serta memupuk makhluk sejagat {wanwu) dan ia juga merupskanprimordial (bentuk permulaan), dengan semua makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka.

Di samping konsep Dao, kitab Yijing (The Books of Changes) pula menggunakan konsep Taiji untuk merujuk kepada kenyataan muktamad (ultimate reality). Menurut kitab ini, tiada sebarang batasan bagi diri Taiji. Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dua kuasa dwikutub (bipolar) Yin dan Yang. Fasa pertukaran bergilir-gilir dua kuasa dwikutub pula menghasilkan lima unsur {wuxing) yang menjadi asas kepada kewujudan semua benda {material). Manifestasi kuasa Yin dan Yang serta lima unsur tersebut disifatkan sebagai proses pusingan atau putaran yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhirannya. Ini disebabkan kesemua fenomena tersebut akan berubah kepada kutub yang berlawanan apabila mencapai peringkat kemuncak. Perubahan yang berterusan ini diibaratkan sebagai pergerakan Dao.

Konsep perpaduan antara Tian dengan insan {tian-ren hey!) pula terbentuk berdasarkan sesuatu pernyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada


Tian. Disebabkan hubungan antara insan dan Tian yang begitu rapat maka segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi akan menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran kepada kerajaan berkenaan. Konsep yang menggabungkan aliran pemikiran Yin-Yang dengan falsafah sosiopolitik Konfusianisme ini dikemukakan oleh Dong Zhongshu (kkl79SM-kkl04SM), seorang pujangga Konfusian di zaman dinasti Han. Konsep ini terus mempengaruhl tradisi pemikiran orang Cina sehingga masa kini dalam proses perkembangan ketamadunannya.

Prinsip kesederhanaan atau zhongyong (The Golden Mean) pula merupakan pemikiran moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Prinsip ini merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat sekiranya ia dihayati dan diamalkan sepenuhnya. Dalam kitab The Doctrine of Mean dinyatakan bahawa pencapaian tahap pemusatan (centrality) dan keseimbangan akan mendatangkan keharmonian alam semesta dan bumi ini, dengan kesempurnaan hidup semua makhluk terpelihara.

Tahap pencapaian keharmonian masyarakat yang paling ideal ialah datong (The Grand Unity). Datong merupakan Utopia Konfusian yang diibaratkan sebagai Jalan Agung. Jalan Agung ini dipercayai hanya akan dapat dicapai apabila segala objek atau benda di dunia ini dikongsi atau dibahagi oleh semua pihak dengan adil serta saksama, tanpa membazir dan digunakan demi kepentingan umum. Ini termasuklah yang tua akan dijaga dan yang muda dipelihara dengan sempurna di samping tiada perbuatan maksiat, mencuri atau pemberontakan yang berlaku di atas muka bumi tersebut. Walaupun matlamat tersebut amat sukar untuk dicapai, namun Utopia Konfusian ini tetap menjadi pegangan bagi masyarakat Cina. Usaha berterusan untuk merealisasikan matlamat ini memaparkan ciri- ciri keyakinan diri, nilai-mlai murni serta ketabahan hati yang mendorong mereka agar menghala ke Jalan Agung yang dicita-citakan itu.

17.2.6 Falsafah dan Agama Cina

Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan (state) yang merangkumi aspek- aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551SM-479SM). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan (ren), kesusilaan (/;) dan ketaatan kepada ibu bapa (xiao). Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan bersikap mulia (junzi). Mencius (372SM-289SM), salah seorang pujangga agung Konfusianisme telah menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik ketika dilahirkan. Oleh yang demikian, manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat jenis sifat


yang baik, iaitu perikemanusiaan (ren), kewajaran (yi), kesusilaan (li) dan keanfan (zhi).

Buddhisme diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (kk 563SM- 483SM) di India pada kurun ke-6SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama. Bagaimanapun, selepas disebarkan Buddhisme ke negara China, agama ini telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia dikenali sebagai Buddhisme Cina. Namun begitu, asas pengajarannya tetap berkekalan iaitu penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Hawa nafsu bagaimanapun, dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang mengelakkan din daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan menurut ajaran Gautama Sidhartha Buddha. Jalan Lapan Lapis Mulia yang mengandungi lapan aspek penting dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pertama, panna (kebijaksanaan) yang meliputi pemahaman yang betui {Right Understanding) dan pemikiran yang betui (Right Thought); kedua, samadhi (penumpuan) yang meliputi pengucapan yang betui (Right Speech), tindakan yang betui (RightAction) dan cara hidup yang betui (Right Livelihood); dan ketiga, sila (moral) yang meliputi usaha yang betui (Right Efford), pertimbangan yang betui (Right Mindfulness), dan tumpuan yang betui (Right Concentration).

Daoisme pula diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi yang dilahirkan pada tahun 604SM dan Zhuang Zi (kk 369SM-2865SM) yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan secara spontan dan tanpa sebarang usaha. Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu pertama, pemikiran falsafah Dao (daojia) dan aliran keagamaan Dao (daojiao). Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang nngkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao. Dao iaitu jalan (the way} yang mempunyai pengertian bahawa punca segala penjelasan yang tidak dilahirkan (unproduced) dan tidak dapat diperikan (inexpressible). Tahap pencapaian pengamalan Dao yang tertinggi ialah kembali semula dan bersatu dengannya.

Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian). Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan (gongli), pengikutnya menentang konsep mandat tuhan yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme. Aliran Moisme menitikberatkan konsep nama dan penganalisisan mengenainya dan ini bermakna, aliran ini telah mempelopori analisis logik di negara China.


Legalisme pula diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Chin. Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di negara China.

17.2.7 Institusi Politik dan Sistem Pemerintahan

Pemikiran politik tradisional Cina asasnya telah terbentuk sejak tempoh sebelum dinasti Qin (221SM-209SM). Antara aliran pemikiran politik yang terutama ialah Konfusianisme, Daoisme, Legalisme dan Moisme. Pusat pemikiran politik Konfusianisme berasaskan perhubungan sesama manusia (renlun) yang berperikemanusiaan dan bermoral.

Pemikiran politik aliran Daoisme pula cenderung kepada fahaman anarki dalam erti kata moden pada masa kini. Pengikut pemikiran Daoisme menafikan bulat-bulat peranan institusi politik, sistem moral dan tatasusila yang begitu dititikberatkan oleh Konfusianisme. Sebaliknya Daoisme mencadangkan gaya pemerintahan tanpa menguatkuasakan sebarang usaha yang keras (wuwel) dan juga kehidupan secara primitifyang mengharmonikan diri dengan alam semesta. Pemikiran ini cuma menjadi penawar hati kepada mereka yang gagal dalam kerjaya sebagai pegawai kerajaan dan orang yang tidak berpuas hati dengan kenyataan hidup, tetapi tidak mendatangkan impak yang besar kepada sistem politik negara China.

Aliran pemikiran yang memberi kesan sebenar kepada tempoh sebelum dinasti Qin yang huru-hara dan mengalami perubahan besar dari segi masyarakat dan politik China ialah Legalisme. Kedua-dua teori dan perlaksanaan Legalisme berjaya membawa pembaharuan yang menggantikan sistem pemerintahan feudal bercirikan pelbagai negeri atau jajahan (multistate) kepada sistem pentadbiran commanderies dan counties (junxian zhi) iaitu kerajaan birokratik terpusat (centralized bureaucractic government memperoleh kuasanya. Sistem birokrasi ini telah menyumbang kepada pengekalan pentadbiran dan kestabilan politik di sepanjang sejarah ketamadunan China.

Aliran pemikiran politik Moisme pula menegaskan penyelarasan peraturan dan pembentukan kekuasaan pusat (shangtong) itu, walaupun selari dengan kehendak lapisan pemerintah, namun pengajarannya yang menggalakkan berjimat-cermat (jieyong) dan melantik sesiapa yang berkelayakan dan berkemampuan (xuan xian yu neng) ke jawatan kerajaan, kadang-kadang sukar hendak dipatuhi sepenuhnya. Oleh sebab itu, pemikiran politik aliran Moisme kemudiannya diketepikan oleh pihak pemerintah.

Bagaimanapun, selepas dinasti Qin (221SM-206SM) dan Han (206SM-220 TM), keempat-empat aliran pemikiran politik telah bersepadu. Namun,


golongan pemerintah China biasanya menonjolkan pemikiran Konfusianisme sedangkan menguatkuasakan pentadbiran negara menerusi pemikiran Legalisme. Pemikiran politik aliran Moisme dan Daoisme mungkin memainkan peranan yang membawa kepada ideologi pembaharuan atau menjadi batu api kepada permulaan satu-satu revolusi termasuk mewujudkan pemberontakan terhadap pemerintah. Namun begitu, selepas pihak pemberontak berjaya menguasai dan memimpin negara, ideologi yang merupakan cantuman Konfusianisme dan Legalisme itu tetap berkesinambungan dan memainkan peranan yang terpenting dalam sistem pentadbiran negara.

17.2.8 Keluarga dan Masyarakat Cina

Walaupun sistem kekeluargaan masyarakat Cina tradisional dan organisasinya pernah mengalami pelbagai perubahan namun asas sistem keluarga yang memusatkan kuasa bapa (patriachy) dan nisab bapa (patrilineat) tetap berkekalan dan berlanjutan selama beberapa ribu tahun. Sistem kekeluargaan tradisional Cina berasaskan kuasa bapa ini telah terserap masuk ke dalam pelbagai aspek kehidupan sosial dan mendatangkan impak yang mendalam terhadap arah perkembangan kebudayaan Cina dan pembawaan (temperament) bangsa Cina.

Antara ciri-ciri masyarakat yang memperlihatkan pengaruh sistem kekeluargaan Cina termasuk waris sebelah bapa dan pemerintah yang memusatkan kuasa bapa, kuasa suami yang tertinggi dan perhubungan suami isteri yang berjauhan, mementingkan anak lelaki berbanding anak perempuan, mementingkan pertalian darah dan kaum kerabat keluarga, penguasaan masyarakat berdasarkan pendidikan yang membezakan nama (mingfen) dan kedudukan sosial, dan kecenderungan nilai yang memuja autokrasi dan mengagung-agungkan zaman silam.

17.2.9 Orientasi Sistem Nilai dalam Tamadun Cina

Terdapat persetujuan agak ramai di kalangan cendekiawan bahawa tamadun Cina berorientasikan humanisme, iaitu manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta. Banyak sifat khas tamadun Cina dan nilai-nilainya, yang akan dinyatakan di bawah adalah hasil daripada humanisme antaranya transendensi dalaman, sifat sekular, moralisme sebagai ideologi, personalisme, hubungan manusia dengan alam semesta, institusi keluarga dan pendidikan diberi keutamaan, serta keharmonian merupakan nilai utama. Tamadun Cina amat berbeza daripada tamadun- tamadun lain yang berorientasikan teisme atau kepercayaan kepada satu Tuhan semesta sebagai pencipta dan pemerintah alam. Sungguhpun tamadun-tamadun berbeza dari segi orientasi pada peringkat nilai, manusia dapat berinteraksi dan bekerjasama atas nilai-nilai yang berbentuk sejagat. Walaupun orang Cina menganggap bahawa prmsip-prinsip moral serta nilai-nilai murni (Dao) berasal daripada Maha Agung (Tian), tetapi manusia sendiri


mampu menjangkau segala kekangan duniawi lalu mencapai kebijaksanaan dan kesucian iaitu transendensi bergantung kepada ikhtiar orang perseorangan - transendensi dalaman. Hal ini dapat dibandingkan dengan tamadun-tamadun lain yang berdasarkan teisme dan mementingkan transendensi luaran.

Humanisme menyebabkan cara hidup orang Cina bersifat sekular iaitu memisahkan urusan duniawi dengan urusan keagamaan. Teokrasi tidak pernah dijadikan agenda atau pernah muncul sepanjang sejarah China, sebaliknya sisrem politik dan pemerintahan, sistem pendidikan dan institusi-institusi yang lain dipisahkan daripada agama. Namun begitu, ini tidak bererti orang Cina tidak ada rasa takut kepada Maha Agung atau Tian.

Masyarakat dan negara harus diperintah secara beretika. Keabsahan kuasa dan kewibawaan maharaja, menteri, pemimpin, guru dan ketua keluarga berasaskan moral yang tinggi sebagai ideologi. Kerajaan dan sistem politik berpadu dengan akhlak. Berkhidmat dalam kerajaan bermakna dipertanggungjawabkan mendukung akhlak dan menjadi pegawai kerajaan berakhlak tinggi. Kepentingan moral begitu dipentingkan sehingga timbul tanggapan menuntut ilmu yang mendalam tidak bermakna sekiranya tidak berakhlak.

Berdasarkan transendensi dalaman, orang perseorangan harus berusaha sendiri untuk mempertingkatkan darjahnya dari segi kesarjanaan, kebijaksanaan dan akhlak. Dalam proses pembinaan diri ini antara aspek yang perlu diberi penekanan ialah disiplin diri, pengorbanan diri dan harga diri. Orang perseorangan mestilah mempunyai batin atau dalaman yang murni dan niat yang ikhlas. Adalah nyata bahawa yang mencirikan minda orang Cina ialah personalisme (penyendirian) dan bukannya egoisme atau individualisme yang agresif.

Manusia dianggap berkedudukan tinggi iaitu di antara Tian dengan Di (langit dan bumi). Manusia dapat menyertai dan membantu proses perubahan dalam alam semesta. Manusia harus sentiasa menjalin hubungan yang harmoni dengan alam semesta supaya tercapai kesatuan antara kedua-duanya.

Sistem etika Konfusianisme berasaskan pada keluarga yang merupakan institusi sosial yang terulung dalam tamadun Cina. Negara merupakan lanjutan daripada keluarga. Hubungan luar keluarga dianggap selaras dengan hubungan dalam keluarga.

Oleh sebab pegangan yang kuat dan teguh kepada humanisme, personalisme dan moralisme maka pendidikan yang beitradisi panjang diberi penghargaan yang tinggi. Golongan birokrat dan cendekiawan merupakan kelas sosial yang tertinggi kedudukannya, dan masyarakat menjunjung tinggi golongan guru dan pekerjaannya. Ibu bapa sedaya-upaya berusaha untuk membiayai anak- anak kerana pelajaran merupakan satu-satunya saluran mobiliti sosial dalam masyarakat Cina tradisional.


Keharmonian dititikberatkan dalam sebarang bentuk hubungan sama ada hubungan antara individu dengan individu, antara individu dengan kelompok, keluarga, komumti atau institusi, antara kelompok dan juga antara manusia dengan alam semesta. Keharmonian dianggap sebagai suatu nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan moralisme.


Bab 18

TAMADUN CINA: KESUSASTERAAN, KESENIAN, SAINS DAN TEKNOLOGI CINA

Teo Lay Teen

Bahasa dan Sastera, Kesinambungan Budaya, Kepelbagaian Genre, Puisi, Nyanyian dan Muzik, Prosa Klasik dan Vernakular, Fungsi Moral dan Etika, Drama dan Nilai, Konfusianisme, Fiksyen, Budaya dan Adat resam, Muzik, Lukisan dan Kaligrafi, Seni Pembinaan, Sifat Berharmoni dengan Alam Semesta, Landskap, Tema Bermspirasi, Konsep Fengshui, Sains dan Teknologi, Sifat Konservatif, Astrononii, Matematik, Perubatan, Teori Yin dan Yang, Akupunktur, Kemerosotan Sains dan Teknologi Cina.

18.1 PENGENALAN

Tamadun Cina pada dasarnya merupakan. sebuah tamadun berorientasikan agraria atau pertanian yang sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca dan sifat geografi dalam proses pembangunan dan perkembangan. Bagaimanapun, sebagai mana yang telah dibincangkan dalam bab terdahulu, proses pembangunan tamadun Cina mengambil masa yang panjang. Tamadun Cina telah melahirkan perkembangan pelbagai aliran falsafah, organisasi politik secara kompleks, serta sistem pentadbiran dan institusi sosial yang maju. Bab ini akan membincangkan mengenai beberapa aspek lain yang tidak kurang pentingnya dalam tamadun Cina iaitu bahasa dan kesusasteraan, kesenian, sains dan teknologi.


18.2 BAHASA DAN KESUSASTERAAN CINA KLASIK

Sejarah kesusasteraan Cina bermula sekurang-kurangnya seawal kurun ke-14SM dan pci-kembangannya berterusan sepanjang lebih daripada 3,000 tahun. Perkembangan kesusasteraan Cina ini tidak pernah menerima gangguan atau sekatan. Sifat ini khasnya disebabkan bahasa pengantar bagi sastera Cina klasik iaitu bahasa Cina telah mengekalkan identitinya dari segi lisan dan tulisan "walaupun negara China pernah diperintah oleh puak asing seperti orang Mongol (dinasti Yuan, 1279-1368) dan orang Manchu (dinasti Qing, 1644-1911). Tulisan Cina pada dasarnya bersifat grafik dan bukan fonetik (non-phonetic); dan sifat ini menjadikan bahasa Cina kurang sesuai untuk digunakan dalam usaha mentranskripsikan bahasa lain. Dengan ini ia tetap tidak berubah dan seterusnya meninggalkan beberapa kesan terhadap kesusasteraan Cina dan penyebarannya.

Sifat bahasa Cina yang bukan berabjad-fonetik (alphabetic-phonetic) bermakna huruf-hurufnya tidak menunjukkan bunyi sebutan. Bahasa Cina boleh disebut dalam kelainan cara dari segi fonologi mengikut tempat atau mengikut kesesuaian selaras dengan perubahan zaman-zaman dalam sejarah Cina. Namun begitu, maksud sesuatu huruf tetap sama tidak kira dalam diaiek apapun ia disebutkan atau dipertuturkan. Maka itu kesusasteraan Cina dapat dinikmati dan dihayati oleh semua yang mengenali huruf Cina. Sesebuah karya klasik Konfusius misalnya, boleh dibaca dalam apa jua diaiek tanpa menjejaskan maksudnya. Sifat bahasa Cina ini mengekalkan kesinambungan budaya Cina dan membolehkan kesusasteraan Cina klasik terus menjadi aset budaya masyarakat Cina yang amat bemilai.

18.3 KEPELBAGAIAN GENRE SASTERA CINA KLASIK

18.3.1 Puisi

Antologi puisi Cina yang terawal bertajuk Shijing (Klasik Puisi). Antologi ini mengandungi 305 buah nyanyian kuil, nyanyian istana dan nyanyian rakyat yang wujud pada tempoh antara zaman Zhou Barat (kurun ke-11SMP-771SM) hingga zaman Musim Bunga Musim Luruh (770SM-476SM) dan dikumpul dari kawasan Lembah Huanghe. la dipercayai disusun pada lebih kurang masa Konfusius (551SM-479SM). Puisi-puisi dalam antologi ini penuh dengan pelbagai idea dan teknik kesusasteraan yang menjadi contoh dan member! inspirasi kepada penyajak serta penulis generasi kemudian. Shijing bersama empat klasik lain iaitu Yijing (Klasik Perubahan), Shujing (Klasik Sejarah), Liji (Rekod Ritual) dan Chun qiu (Klasik Musim Bunga dan Musim Luruh), dikenali sebagai Wujing (Lima Klasik) dan sejak kurun ke-2SM ianya sangat dihormati oleh sarjana- sarjana Cina. Puisi yang terkandung dalam Shijing pada asasnya dinyanyikan dengan iringan muzik. Sesetengah puisi, terutamanya puisi kuil juga diiringi oleh tarian.


Pada keseluiuhannya kebanyakan puisi dalam Shijing mementingkan elemen lirik lebih daripada elemen naratif. Rima akhir diutamakan untuk mencapai kesan muzik dan tidak bergantung kepada penggunaan kecantikan retorik. Puisi dalam Shijing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. la digunakan dalam pertemuan rasmi; raja dan pegawai diplomatik menyanyikan puisi sebagai pembayang bagi sesuatu keadaan sebenar atau untuk menyatakan maksud sebenar.

Chu ci (Nyanyian Chu) yang juga berasal dari muzik dan tarian dianggap mewakili antologi puisi Cina awal dari selatan di sekeliling kawasan Sungai Yangzi. Puisi-puisi yang berasal dari kawasan selatan ini menunjukkan pola irama yang agak berbeza daripada Shijing, misalnya baris-bans lebih panjang dan kurang tetap menyebabkan puisinya lebih sesuai dideklamasikan.

Mulai dari Shijing hmgga ke Chu ci, puisi Cina klasik kian matang dan sempurna. Dmasti Tang (618-907) menyaksikan kemuncak perkembangan genre ini. Keadaan politik dan ekonomi yang stabil khasnya pada tahap permulaan zaman ini menggalakkan perkembangan puisi Cina klasik mencapai tahap keemasan. Puisi yang telah dihasilkan tiada tandingan dari segi kuantiti dan kualiti. Quan Tangshi (Koleksi Lengkap Puisi Tang) mengumpulkan jumlah puisi lebih kurang 50,000 buah, hasil ciptaan dari 2,000 atau lebih orangpenyajak, termasuk penyajak agung seperti Li Bai, Du Fu dan Bai Juyi. Bentuk puisi utama yang wujud dalam sejarah puisi Cina klasik seperti jueju (puisi empat baris) dan lu shi (puisi lapan baris) juga telah mencapai tahap kematangan. Puisi- puisi ini dihasilkan dan ditulis dengan menggunakan pelbagai terna.

Bagi orang Cina, skop genre shi, yang biasanya diterjemahkan puisi, adalah sangat terhad. Sebenarnya yang boleh kita klasifikasikan di bawah golongan genre puisi wujud dalam banyak bentuk selain bentuk shi. Balada misalnya, begitu banyak jumlahnya. Kebanyakan teks drama juga mengandungi nyanyian dalam bentuk puisi. Yang harus diberi perhatian ialah sejenis puisi yang timbul dari nyanyian penghibur dan digubah dalam rangkap berlainan panjang mengikut bunyi atau suit muzik tertentu dikenali sebagai lirik ci. Di bawah usaha sebilangan penulisan ci yang berbakat seperti Liu Yong, Su Shi, Li Qingzhao, Zhou Bangyan dan Xin Qiji, bentuk ini mengambil tempat shi pada zaman pemerintahan dinasti Song (960-1279) untuk menjadi genre yang paling popular dan representatif.

Ringkasnya, bolehlah kita simpulkan di sini secara keseluruhannya, puisi Cina klasik mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antara ciri yang hams diberikan perhatian ialah pertama, puisi Cina berhubungan rapat dengan muzik; kedua, bersifat kompak (padat) dan singkat, panjangnya kadang-kadang serupa dengan sepucuk telegram; ketiga, puisi naratif atau deskriptif yang boleh dikatakan panjang mengikut standard sastera lain di dunia ini sangat kurang, dan epik tidak wujud; dan keempat, puisi mempunyai fungsi sosial dan politik selain fungsi sastera.


18.3.2 Prosa

Garis pemisah antara puisi dengan prosa kurang jelas. Ini dapat dilihat khususnya dalam tiga jenis genre. Bentuk fu, genre representatif bagi dinasti Han (206SM-220) misalnya, menunjukkan sifat puisi bercampur prosa. Ini menjelaskan mengapa/M diberi label berlainan seperti prosa bersifat puisi (poetic prose), prosa berima (rhyme prose), rapsodi (rhapsody), puisi bersifat prosa (prose poetry) dalam bahasa Inggeris. Genre lain dalam kumpulan ini termasukpianwen (prosa selari) iaitu sejenis prosa berirama iaitu syarat-syarat tertentu khasnya mengenai kecantikan retorik dikenakan, dan bagu wenzhang (eight-legged essay), yang merupakan kayu pengukur paling utama dalam menggredkan calon peperiksaan perkhidmatan awam. Prosa jenis bagu ini mensyaratkan penults perlu mematuhi pelbagai syarat dari segi kandungan dan bentuk apabila menulis. Prosa jenis bagu begitu dominan dalam bidang penulisan Cina selama berabad-abad (1487- 1901).

Prosa klasik, atau dikenali guwen, adalah dominan dalam sastera Cina klasik. la menggunakan bahasa klasik. Terdapat juga prosa vernakular, atau haihuawen, yang ditulis dalam bahasa pertuturan (percakapan). Prosa klasik berdasarkan standard dan stall karya pakar zaman purba, khasnya klasik-klasik Konfusius dan karya ahli falsafah zaman awal sebagai model. Bahasa klasik adalah jauh berbeza dan bahasa pertuturan sehan-hanan kerana la sukar untuk difahami atau dikuasai. Bagaimanapun, bahasa klasik telah menjadi medium bagi hampir semua penulisan prosa disebabkan ia adalah bahasa yang dikhaskan dalam peperiksaan rasmi dan juga kerana penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya zaman dahulu. Prosa vernakular yang ditulis dalam bahasa sehari-hari itu dipandang rendah. Bahasa percakapan, walaupun lebih mendekati kegunaan biasa, tidak ditegaskan dalam tradisi Cina, dan dielakkan dalam penulisan sastera sehmgga kurun ke-13 dan ia mulai diguna oleh penulis drama dan fiksyen.

Berlainan dengan prosa di Barat, prosa Cina seperti puisi purba, juga mempunyai rungsi sosial dan politik. Bagi seorang sarjana tradisional, khasnya sarjana Konfusian, sesebuah prosa yang berkualiti harus bermanfaat dari segi moral dan etika. Satu daripada tujuan penulisan prosa adalah untuk 'menyampaikan dao', atau menunjukkan jalan atau cara dari segi moral dan etika.

Zhuang Zi (Zhuang Zi juga nama penulis) boleh dikatakan prosa pra- Qin yang indah sekali. Manakala Shiji (Rekod Sejarah) hasil Sima Qian, sebuah buku sejarah mempunyai penulisan prosa yang terbaik sekali bagi zaman dinasti Han (206SM-220SM). Kecemerlangan Shiji terletak kepada sifatnya sebagai model percantuman sejarah dan kesusasteraan. Buku ini diberi nilai sastera yang amat tinggi dan mempunyai pengaruh besar terhadap bukan sahaja prosa, tetapi juga novel dan drama hari kemudian.


18.3.3 Drama

Drama Cina berkembang agak lewat. Pada dinasti Yuan (1279-1368), prestij tradisi lama mulai merosot di bawah pemerintahan Mongol, dan kawasan utara China, di mana penakluk asing mendirikan pusat pentadbiran mereka, menjadi satu persekitaran yang unik dengan aktiviti sastera yang bukan konvensional seperti drama berkembang. Drama Cina yang paling menarik ialah jenis zaju, sejenis bentuk sastera berbentuk puisi yang digubah mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Pelbagai tema dihasilkan dan terkandung dalam karya-karya drama. Terdapat penulis-penulis yang menghasilkan karya dan menggunakan karya mereka sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan. Dengan ini zaju bukan sahaja member! hiburan tetapi juga berperanan sebagai pengkritik sosial yang berjaya mendapat konsensus dan simpati penonton. Sebagai contoh, drama Dou'er yuan (Ketidakadilan Dou'er) karya Guan Hanqing, mengkritik kelemahan pegawai Mongol yang menerima rasuah sehingga mengakibatkan seorang suri rumah dihukum mati tanpa melakukan apa-apa kesalahan. Karya lain seperti drama Xixiangji (Percintaan Kamar Barat) hasil penulisan Wang Shifu, menyanjung cinta bebas melalui pelukisan watak utama sebagai berani menentang tradisi lama dalam hal perkahwinan. Zaju banyak menyokong nilai-nilai Cina tradisional khasnya nilai seperti zhong (kesetiaan), xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), jie (kesucian seseorang wanita) dan yi (keadilan).

Drama jenis lain yang harus diperkenalkan ialah chuanqi. Chuanqi yang berkembang semasa zaju, lebih panjang dari segi skop iaitu biasanya berjumlah tiga sehingga empat puluh adegan (babak) dan lebih fleksibel dari segi muzik dan nyanyian. Selain chuanqi, kunqu Juga amat menarik. Bentuk drama ini berdominan sejak kurun ke-16 sehingga ke-18 dan merupakan kegemaran golongan pujangga kerana stall nyanyiannya halus dan muziknya bergaya.

Menjelang lewat kurun ke-18, drama rakyat dan berlainan daerah mula berkembang dan semakin popular sehingga akhirnya dipentaskan di pentas- pentas di Beijing. Dari sini, kegiatan drama ini akhirnya melahirkan opera Cina yang menjadi salah satu kegemaran ramai masyarakat Cina sehingga masa kini.

Seperti yang dibincangkan di atas, prinsip moral Konfusius terkandung di dalam drama Cina tradisional. Tanggungjawab terhadap ibu bapa dan suami atau taat setia kepada tuan atau ketua adalah nilai yang berulang kali disalurkan dalam karya-karya drama. Secara keseluruhannya, drama Cina lebih berkecenderungan menekankan nilai-nilai etika berbanding agama. Drama bertujuan mendukung kelakuan baik dan memberi amaran atau berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan jahat. Konsep tragedi seperti yang terdapat di Barat yang menegaskan bahawa manusia tidak berupaya memahami atau menguasai kuasa alam semesta tidak mendapat tempat dalam drama Cina. Sesebuah drama Cina yang tipikal akan berakhir dengan mesej yang mengatakan


sesiapa yang berbuat baik akan mendapat ganjaran dan sebaliknya, yang jahat akan menerima hukuman.

18.3.4 Fiksyen

Disebabkan cerita-cerita yang ditulis adalah dalam bahasa vernakular maka golongan terpelajar tradisional yang memandang tinggi stall klasik secara rasmi tidak menganggap fiksyen bernilai untuk diberi taraf sastera. Istilah Cina bagi merujuk genre ini ialah xiaoshuo bermaksud percakapan kecil, dan percakapan sia-sia. Ternyata, kedudukan fiksyen tidak setanding dengan puisi atau prosa yang selama ini bukan sahaja mempunyai fungsi sastera tetapi juga berperanan sebagai pendukung prinsip-prinsip moral etika dan juga sebagai alat politik. Walau bagaimanapun, pada zaman awal dinasti Song (960-1279) perkembangan cerita dalam bahasa harian telah mulai wujud, selanjutnya mencapai tahap kematangan dan kegemilangan pada zaman dinasti Yuan (1279-1368), dinasti Ming (1368-1644) dan dinasti Qing (1644-1911).

Hasil karya berbentuk fiksyen begitu banyak dicipta dan kebanyakannya merupakan naratif yang panjang. Sebahagiannya adalah dalam bentuk roman sejarah. Contoh terbaik ialah Sanguoyanyi (Roman Tiga Negara), sebuah roman berdasarkan cerita yang telah lama tersebar di kalangan rakyat mengenai perebutan kuasa tiga buah negara pada akhir kurun ke-2. Roman sejarah seperti Sanguo yanyi mengandungi maklumat-maklumat dan bahan-bahan yang begitu menarik bagi penulis drama Cina. Beberapa fiksyen mempunyai nilai yang amat tinggi misalnya Honglou meng (Mimpi Loteng Merah), yang melukiskan kehidupan dan nasib sebuah keluarga besar pada zaman dinasti Qing. la merupakan sebuah novel dengan pencapaian sangat cemerlang kelihatan dari segi perwatakan dan pelukisan gambaran yang mendalam serta bermaklumat tentang kehidupan dan adat resam orang Cina.

Fiksyen Cina kadangkala digunakan sebagai alat untuk menggambarkan dunia Utopia, dan menyokong perubahan misalnya, karya Shuihu zbuan (Kisah Pinggir Air). Terdapat fiksyen mengenai keghaiban seperti Xijouji (Perjalanan ke Barat) dan ada juga yang merupakan mengenai pornografi seperti/w PingMei (Emas Vas Plum), walaupun buku ini juga mempamerkan sudut gelap masyarakat Cina yang penuh dengan rasuah dan keruntuhan moral. Nilai terbesar novel China boleh dilihat dari aspek bahawa kebanyakannya member! wawasan mendalam tentang budaya dan adat resam orang Cina pada zaman sesuatu novel itu ditulis.

Bertepatan dengan penerimaan Buddhisme natijah dari interaksi dengan tamadun India maka terdapat pengaruh unsur-unsur agama ini yang jelas. Fiksyen Cina berkembang di atas dasar tradisi mencerita {story-telling) zaman lebih awal iaitu penglipur lara telah meniru format dikir agama Buddha untuk menyampaikan cerita mereka. Selain daripada cara penyampaian, terdapat juga


fiksyen yang temanya telah diilhamkan oleh catatan agama Buddha. Antara contoh terbaik ialah Xiyou ji, yang menceritakan dengan penuh imaginasi perjalanan seorang sami Cina ke India untuk mendapatkan kitab suci Buddha.

18.4 KESENIAN CINA

18.4.1 Muzik Klasik

Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini. Bukti dokumentasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Namun begitu, bahan muzik ini telah hilang dan yang masih dapat dilihat hanya bahan yang wujud sejak dari zaman dinasti Song, dan Jumlahnya sudah sama dengan jumlah kesemua bahan sistem muzik utama dalam sejarah Eropah.

Sistem melodi (tune) muzik Cina klasik adalah kompleks. Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Pada dasarnya bahan-bahan ini termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, labu dan buluh. Berdasarkan cara sesuatu jenis alat muzik ini dimainkan muzik Cina dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup, genderang, memetik dan menggesek.

Mengenai asal-usul muzik Cina, rekod Cina menyatakan bahawa lebih kurang pada tahun 2697SM, Maharaja Huang Di (maharaja legenda yang dikatakan salah satu maharaja terawal yang wujud di dalam sejarah Cina) telah menghantar orang untuk mencari paip buluh. Palp buluh yang dicari ini dikatakan boleh mengeluarkan bunyi serupa dengan bunyi burung phoenix dengan tujuan mendapatkan muzik yang berharmoni dengan alam semesta. Perbincangan dan rujukan terhadap muzik juga terdapat dalam buku-buku klasik seperti Li ji (Rekod Ritual) yang bertarikh pada kurun ke-2SM dan Shi jing. Tokoh-tokoh seperti Konfusius juga mempunyai minat terhadap muzik dan menimbulkan teori muzik yang lebih khusus serta prinsip estetik tentang muzik.

Pemikiran bahawa muzik harus berharmoni dengan alam semesta bukan sahaja wujud dalam legenda. Dalam bab "Yue ji" (Rekod Muzik) yang terkandung dalam buku Liji telah direkodkan komen bahawa muzik adalah hasil harmoni langit dengan bumi. Tanggapan bersifat kosmologi ini memang bukan kepercayaan karut tetapi merupakan pemahaman mendalam mengenai fungsi budaya muzik dalam dunia manusia. Konfusius memberi pendapat yang sama, mengatakan bahawa muzik teragung adalah muzik yang berharmoni dengan alam sekitar, dan melalui harmoni ini dapat memulihkan keadaan dunia fizikal. Konfusius meletakkan muzik berkedudukan (status) penting, mengiktiraf peranannya dalam memberikan perkhidmatan dan membuat sumbangan


terhadap pembentukan dunia yang bersifat teratur dan bermoral. Pada pendapat beliau, muzik dan pihak pemerintah adalah saling membayangkan atau lengkap melengkapi. Hanya manusia yang bersifat unggul (superior) dan yang berupaya memahami muzik mempunyai kelengkapan memerintah. Muzik, melalui pemaparan enam jenis emosi, iaitu kesedihan, kepuasan, kegembiraan, kemarahan, ketaatan dan kecintaan dapat mempamerkan sifat benar seseorang. Sifat yang suka berpura-pura dan menipu tidak mungkin dapat berterusan. Beliau juga menghuraikan tentang pemilihan muzik yang bersesuaian demi menyempurnakan seseorang berbudi pekerti dari segi moral.

Kedatangan muzik India melalui penerimaan agama Buddha telah memberikan kenikmatan muzik yang berlainan. Muzik bercorak Asia Tengah dan Asia Barat, misalnya muzik dari Iran juga banyak mempengaruhi muzik Cina melalui aktiviti perdagangan dan penyebaran agama Islam ke China pada abad ke-8. Selain itu, muzik Cina juga menggabungkan pelbagai corak muzik kaum minoriti dari seluruh negara China.

Pengaruh muzik Cina pula dapat dilihat terhadap tamadun-tamadun lain terutama sekali muzik Korea dan Vietnam natijah daripada interaksi antara tamadun. Muzik Cina tersebar ke Korea sejak zaman pemerintahan dinasti Song (960-1279) dan masih digunakan serta dikekalkan sebagai muzik sembahyang sehingga masa kini. Manakala di Vietnam, corak muzik Cina klasik banyak dipelajan dan sebahagian dan peralatan muzik berasal dari negara China. Cerita yang terkandung dalam muzik Vietnam banyak diambil daripada sejarah dan legenda Cina.

18.4.2 Kaligrafi

Berbanding dengan bentuk kesenian yang lain, kaligrafi diberi penghormatan yang paling tinggi di negara China. Kaligrafi dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurnian dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. Sebagaimana usaha menghasilkan kaligrafi, untuk memkmati seni im Juga memerlukan kualiti seseorang yang tinggi dan murni serta sensitiviti estetik yang luar biasa. Berbanding dengan sent lukisan, contoh kaligrafi lebih tersebar meluas. Dalam sistem pendidikan lama, salinan spesimen kaligrafi dari pakar kaligrafi yang terkenal dibuat dalam bentuk buku untuk ditiru oleh para pelajar. Inskripsi dijumpal di mana-mana sama ada dalam bentuk batu bersurat yang terletak di pintu tembok, kuil-kuil, papan tanda, gerbang kehormat, tiang bangunan dan di rumah-rumah. Skrol yang tergantung berpasangan dan mengandungi tulisan sepadan hampir dapat dilihat di seluruh tempat. Terdapat pakar kaligrafi yang cemerlang dan unggul di antaranya ialah Wang Xizhi (321-379).

Kaligrafi menggunakan bahan-bahan antaranya dakwat, berus, kertas, dan kadang-kadang sutera. Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek dan akan digosok pada batu dakwat bersama sedikit air sehingga mendapat


kekonsistenan yang betui sebelum menulis. Berus diperbuat daripada bulu kambing, rusa atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang diguna ialah sejenis kertas xuan yang mudah menyerap dakwat.

Kaligrafi Cina telah menghasilkan banyak stall tulisan yang telah dikembangkan. Terdapat enam jenis stail tulisan yang masih digunakan masa sekarang walaupun ada di antaranya yang hanya digunakan untuk tujuan spesifik. Empat stall tulisan lebih biasa digunakan masa kini, termasuklah pertama, stall biasa atau kaishu iaitu setiap pergerakan berus dan garis (stroke) ditulis dengan jelas; kedua, lishu iaitu sejenis stall yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani, tulisannya lebih berbentuk segi empat, dengan pergerakan berus dan garis berdatar lebih panjang sedikit daripada pergerakan berus dan garis tegak; ketiga, xingshu atau stall berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis, dengan ini menghasilkan tulisan yang bersifat kurang teratur; dan keempat, caoshu atau stall rumput yang telah mendapat namanya berdasarkan rupa bentuk iaitu rumput ditiup angin yang nampaknya berselerak tetapi pada hal adalah teratur. Jenis kaishu ialah stall yang biasa digunakan dalam buku cetakan. Caoshu pula hanya dapat difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni ini dan bukan satu stall yang sesuai untuk kegunaan biasa.

Dari segi teknikal, kaligrafi Cina amat bergantung kepada kemahiran dan imaginasi seseorang pakar kaligrafi untuk menghasilkan bentuk garis yang menarik lalu menggubah struktur yang cantik berdasarkan garis-garis ini. Usaha ini hams dijalankan tanpa sebarang percubaan dengan sengaja untuk memperelok atau menggelapkan stroke-stroke tertentu. Pada masa yang sama seseorang pakar kaligrafi juga perlu menjaga ruang di antara stroke berseimbangan dan ini merupakan satu teknik yang hanya dapat dicapai hanya selepas berlatih dalam tempoh masa yang lama.

Inspirasi asas bagi kaligrafi Cina sama dengan semua jenis seni Cina, iaitu alam semula jadi. Sebagai mana ranting pokok yang hidup adalah bernyawa, setiap garis dalam sebuah kaligrafi yang halus juga mempunyai tenaga benda hidup. Ini adalah sangat berbeza daripada garis hurufyang terdapat dalam bahan cetakan, dengan variasi bentuk dan struktur tidak dibenarkan.

Pakar kaligrafi Cina terutama pakar caoshu, tidak mentoleransikan sifat ketetapan. Sebuah kaligrafi yang baik bukanlah satu susunan bersimetri bagi bentuk konvensional, bahkan ia boleh disamakan dengan gerak-geri dalam sebuah tarian yang dikoordinasikan dengan penuh kemahiran, dengan impuls, momentum, poise sejenak, dan interaksi yang penuh kekuatan bergabung untuk menghasilkan satu kesempurnaan seimbang. Kecantikan sesebuah kaligrafi tidak dinilai secara perkataan demi perkataan tapi dibuat terhadap keharmonian yang ditunjukkan oleh keseluruhan hasil.


18.4.3 Seni Lukis

Dalam tradisi Cina, lukisan mempunyai hubungan yang rapat dengan kaligrafi dan juga puisi. Kebanyakan pelukis bukan sahaja mahir melukis tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi antaranya Su Dongpo (1037-1101) pada zaman dinasti Song. Biasanya sebuah puisi yang berkaitan dengan sesuatu lukisan ditulis di sudut ruangan kosong supaya mencapai tahap 'kesatuan di antara puisi, kaligrafi dan lukisan'. Sebuah lukisan Cina merupakan kombinasi sent puisi, kaligrafi, lukisan dan juga seni ukir cap (seal engraving).

Berdasarkan cara penyampaian, lukisan Cina tradisional boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pertama, xieyi (bebas tangan/freehand brushwork) dan kedua, gonghi (menggunakan garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir). Xieyi merupakan pendekatan asas lukisan Cina. Teori estetik xieyi menitikberatkan sentimen dan mengabaikan realisme. Aspek seperti perspektif dan cahaya tidak penting. Qi Baishi, pelukis Cina terkenal pada masa moden misalnya, tidak melukis udang, serangga, burung atau bunga mengikut rupa bentuk sebenar tetapi hanya menunjukkan sifat paling penting (essence) objek-objek ini mengikut pengalaman dan fahaman sendiri. Apabila melukis landskap, jarang pelukis xieyi melukis tempat yang benar-benar wujud, tetapi mereka hanya meminjam bentuk-bentuk gunung, sungai, batu, pokok untuk dijadikan alat menyatakan perasaan dan idea mereka. Walaupun mereka mengelakkan dari memberi gambaran tepat, mereka perlu membuat lukisan landskap yang digemari mereka sebagai landskap, dan membawa peminat ke dalam dunia alam semula jadi serta bersatu dengannya.

Dalam lukisan Cina, bahan yang sama digunakan sebagai mana yang digunakan oleh ahli kaligrafi Cina. Kebanyakan lukisan Cina dilukis dengan menggunakan dakwat monokrom.

Seseorang pelukis perlu memastikan terlebih dahulu mengenai apa yang ingin dilukiskan supaya tidak berlaku kesilapan atau kesalahan apabila melukis dan beliau perlu menyiapkan hasil lukisan dengan penuh keyakinan, kelajuan serta kemahiran menguasai teknik lukis. Keyakinan dan kemahiran ini hanya dapat diperolehi melalui latihan yang panjang dan berdasarkan pengalaman. Format lukisan biasanya dalam bentuk skrol panjang yang digantung secara tegak atau skrol tangan melintang yang berbeza panjangnya, kadang-kadang sepanjang lima belas meter. Bentuk lain ialah kipas dan lembaran album.

Kriteria menilai lukisan berdasarkan kriteria sama yang digunakan untuk menilai kaligrafi. Sesuatu lukisan yang bernilai harus menunjukkan pergerakan berus yang penuh dengan tenaga (vitality) dan perasaan (expressiveness) serta komposisi yang bersifat harmoni secara keseluruhan. Bagi seseorang peminat lukisan Cina, tandatangan pelukis, tulisan, biasanya puisi dan cap merupakan bahagian komposisi yang juga diperlukan.

Lukisan Cina di peringkat awal dihasilkan oleh tukang-tukang lukis yang tidak diketahui namanya untuk kegunaan istana dan keluarga feudal.


Bagaimanapun, selepas dinasti Han (206SM-220SM) konsep seni halus (fine art) mulai wujud sebagai hasil kegemaran waktu lapang bagi golongan atasan yang berpendidikan. Lama-kelamaan satu tradisi wujud iaitu pelukis pujangga amatur ini kian terpisah dengan tukang lukis istana dan tukang lukis profesional yang menjual lukisan mereka untuk tujuan mendapat keuntungan. Sedangkan tukang lukis istana dan profesional lebih cenderung kepada sifat realisme pelukis pujangga mengabaikan pencapaian ketepatan dari segi visual (visual accuracy). Dalam lukisan mereka maksud sebenar disampaikan secara tersembunyi kerana bukan semua maksud hams dikatakan. Bagi seorang pelukis pujangga, sedikit bayangan adalah mencukupi. Percubaan untuk menyampaikan lebih daripada apa yang diperlukan akan menyebabkan sesuatu lukisan itu dikritik sebagai kasar, dan dianggap tidak ada konsep seni.

Berbanding tema dalam lukisan Barat, tema lukisan Cina adalah terhad dan tidak dianggap menyeluruh. Subjek seperti peperangan, kekerasan, kematian, kawasan bandar, sudut gelap dalam kehidupan dan kebogelan jarang menarik minat pelukis Cina. Bagi orang Cina, seni lukisan bukan dihasilkan dengan maksud untuk menggambarkan kesemuanya ini dan objek yang tidak bernyawa jarang dilukiskan. Batu dan sungai dianggap seperti bernyawa dan merupakan manifestasi kuasa yang tidak dapat dilihat dalam alam semesta. Lukisan yang hanya mementingkan bentuk juga tidak ada tempat kerana orang Cina tidak menerima lukisan yang bentuknya cantik tetapi temanya tidak memberikan manfaat dari segi keimanan dan akhlak.

Lukisan landskap merupakan jenis lukisan utama. Lukisan mengenai tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang juga digeman. Selam itu juga terdapat lukisan potret dan figura. Dalam konteks ini, perhubungan antara manusia sangat penting dalam negara China. Jadi satu tema biasa bagi lukisan figura ialah berkenaan dengan para lelaki yang berbudi bahasa menikmati aktiviti ilmiah bersama atau berkenaan perpisahan dan pertemuan semula para pegawal kerajaan.

Boleh dikatakan kebanyakan lukisan Cina bersifat simbolik. Buluh menandakan semangat seorang sarjana yang mungkin dibengkok oleh sebab keadaan tertentu tetapi tidak boleh dipatah; burung jenjang bersimbolik hidup panjang; dan itik mandarin yang selalu berpasangan menunjuk kepada kesetiaan suami-isten. Simbol paling popular yang diambil dan dunia tumbuh-tumbuhan ialah orkid, simbol Konfusian bagi kesucian dan kehalusan budi pekerti. Bunga plum pada musim sejuk yang berbunga juga dalam cuaca saiji melambangkan semangat atau kehalusan kualiti yang tidak akan tunduk dilihat dari segi politik, dan pokok pain tua yang berbonjol-bonjol mewakili sifat bertahan dalam persekitaran politik yang keras atau semangat usia tua yang tidak dapat ditakluk. Sifat simbolik ini menjadikan lukisan Cina sebagai satu perantara paling baik yang membayangkan personaliti, perasaan dan jiwa seseorang pelukis. Oleh itu, kebanyakan pelukis Cina memberi fokus kepada menyatakan kesedaran


dalaman terhadap sesuatu lebih daripada cuba menggambarkan objek sebenar atau menyampaikan rasa realiti (sense of reality) atau objek bertiga dimensi.

Masyarakat Cina yang bersifat pertanian menegaskan manusia harus memahami corak alam semula jadi dan hidup bertepatan serta secara harmoni dengannya. Dalam lukisan, terutamanya lukisan landskap, penekanan diberi kepada menggambarkan kefahaman manusia terhadap alam semula jadi. Pelukis juga suka melukis objek kecil dalam alam sekitar seperti buluh, burung, tumbuhan, bunga, ikan dan sebagainya. Kita dapat menyimpulkan aspek lukisan Cina ini sebagai aspek Daois. Bukan semua lukisan Cina berkecenderungan Daois. Hasil lukisan di peringkat awal misalnya, juga mempunyai fungsi sosial dan moral. Lukisan potret membayangkan peribadi dan peranan sosial seseorang. Tukang lukis istana juga melukiskan berkenaan peristiwa-peristiwa yang dianggap bertuah dan tidak dapat dilupakan. Ini merupakan aspek Konfusian lukisan Cma.

Mengenai pengaruh dari tamadun lain, seni khat dengan tulisan Arab bercorak Islam telah bersatu dengan seni kaligrafi Cina untuk menghasilkan sent khat bersifat Cina beragama Islam. Seni lukis Cina juga dipengaruhi oleh agama Buddha sejak zaman dinasti Han. Latar belakang dan dewa-dewi yang berwarna-warm diambil daripada centa dan ajaran agama Buddha masih dapat dilihat di dinding dalam Groto Dunhuang tinggalan dinasti Tang. Kaligrafi dan lukisan Cina memberi kesan terhadap seni Asia Timur, iaitu Korea dan Jepun yang masih mengekalkan tulisan Cina kuno sebagai tulisan klasik mereka. Seni kaligrafi telah disebarkan ke Korea dan Jepun pada zaman dinasti Tang. Sehingga masa kini, pakar-pakar kaligrafi masih dihormati oleh masyarakat Korea dan Jepun serta karya kaligrafi dianggap sebagai bahan seni yang amat bernilai. Lukisan Korea dan Jepun mempunyai kesan corak seni lukis dinasti Tang. Kesan corak Lingnan shanshui iaitu lukisan landskap sekolah Lingnan dari dinasti Song banyak terdapat dalam lukisan landskap Jepun.

18.4.4 Seni Pembinaan

Dalam aspek seni bina, tinggalan binaan dan tembok dari zaman dahulu yang masih wujud sehingga kini sangat berkurangan. Ini disebabkan sebahagian besar bahan-bahan yang digunakan iaitu kayu tidak dapat bertahan lama kerana pengaruh ikhm dan cuaca. Ciri utama binaan Cina dapat dilihat dari pelbagai segi antaranya yang paling jelas lalah kemginan membuat binaan yang berharmoni dengan alam semesta. Sejak dari awal lagi, orang Cina mempercayai sekiranya manusia ingin maju ia tidak harus menimbulkan kemarahan atau cuba menguasai alam semesta tetapi sebaliknya, harus berusaha untuk mencapai keharmonian dengannya. Pemikiran ini dapat dinyatakan dengan jelas dalam kepercayaan fengshui (geomancy), iaitu lokasi dan susunan dalam sesebuah rumah atau kubur selalunya ditetapkan dengan panduan teon fengshui. Lokasi dan susunan yang


mempunyai fengshui yang buruk, iaitu yang tidak berharmoni dengan alam semesta akan menjejaskan masa depan sesebuah keluarga.

Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana semua kota mempunyai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Di peringkat kampung dan desa, kadang-kadang benteng tanah dibina mengelilingi kawasan tersebut dengan tujuan yang sama. Tembok kota kebiasaannya mengagumkan dengan ketinggian kebanyakannya dua puluh lima hingga tiga puluh kaki dan luasnya dua puluh kaki atau lebih. Lilitan tembok sepanjang lima atau enam batu merupakan suatu yang biasa dan di sesetengah bandar misalnya di Beijing, tembok lebih tinggi dan meliputi kawasan lebih luas. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Di atas pintu terdapat menara yang tinggmya beberapa tingkat. Tembok kota biasanya dikelilingi oleh pant penuh dengan air yang dalam dan lebar. Tembok yang terkenal di negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China {The Great Wall of China). Tembok juga dibina bukan sahaja untuk mengelilingi kota tetapi juga untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman.

Binaan Cina tradisional yang diperbuat dari kayu biasanya kayu berkualiti baik dan mempunyai rangka yang berbentuk "tiang dan ambang" (post-and-lintel frame), atau tiang tegak dengan balak melintang di atas. Tiang kayu yang digunakan untuk menyokong bumbung kadang-kadang dicat dan kayu lintang yang mengikut keseluruhan binaan biasanya dihiaskan dengan ukiran atau lukisan corak berwarna.

Bumbung binaan Cina adalah menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung yang melengkung ke atas di sudutnya. Bumbung biasanya dipasang tembikar walaupun keluarga miskin menggunakan bumbung atas. Bumbung kuil dan istana biasanya mempunyai tembikar berwarna kilat misalnya, bumbung Tian Tan (Kuil Syurga) di Beijing yang berwarna kilat biru.

Pavilion dalam bentuk oktagonal untuk tujuan hiasan Juga merupakan satu cin seni bina Cina. Ciri lain termasuklah pagoda, yang dipengaruhl oleh agama Buddha. Pagoda hilang hubungannya dengan agama Buddha kemudian, dan kebanyakan pagoda yang dibina terkemudian adalah untuk tu]\iznfengshui. Pailou Sitnupaifang iaitu gerbang pada asalnya dibina untuk tujuan memperingati seseorang berdasarkan merit, misalnya seorang balu muda yang hidup mulia hingga ke usia tua; atau sebuah keluarga yang hidup bersama untuk beberapa generasi. Jambatan kebanyakannya dibina dari batu dan ada yang mempunyai lebih dari satu gerbang, adalah ciri lain binaan Cina.

Bagi orang Cina seni taman berkait rapat dengan seni bina. Taman- taman Cina bahkan taman-taman diraja atau persendirian, melanjutkan lagi pnnsip binaan dengan reka bentuk telah diubahsuaikan untuk bersesuaian dengan alam sekitar dan bukan untuk berdominan. Istana Musim Panas (The Summer Place) di kawasan desa Beijing mempamerkan kejayaan cemerlang orang Cina


dalam merancangkan susunan binaan yang bersesuaian dengan landskap. Dilihat dari segi pembinaan, Beijing yang dibina bertepatan dengan statusnya sebagai ibu kota sebuah empayar boleh dikatakan bandar yang paling mengagumkan.

18.4.5 Seni Cina yang Lain

Hasil area di negara China biasanya tidak diperbuat sebagai objek seni tetapi untuk tujuan keperluan istiadat, agama atau pengkebumian. Hasil area yang teragung merupakan patung dewa-dewi agama Buddha yang diukir daripada batu atau kayu.

Seni hias yang paling penting termasuk seni tembikar, seni ukir, sent logam, seni lakuer, perabot dan tekstil. Hasil tembikar berkilat telah wujud seawal kurun ke-2SM dan porselin diperkembangkan pada kurun ke-6, lebih awal daripada penemuannya di Eropah. Pengaruh seni porselin Cina terhadap seni tembikar Eropah adalah sangat besar.

Secara umumnya, dapat disimpulkan mengenai beberapa aspek-aspek penting dalam bidang bahasa dan kesusasteraan, dan kesenian dalam tamadun Cina. Pertama, pencapaian kesusasteraan dan kesenian Cina telah memperkayakan tamadun Cina. Kedua, kegunaan bahasa Cina telah menyebabkan perkembangan kesusasteraan Cina berterusan tanpa gangguan. Bagaimanapun, unsur luar seperti kedatangan Buddhisme menggalakkan interaksi tamadun dan seterusnya membawa pengaruh asing kepada sastera Cina. Ketiga, kesusasteraan Cina mempunyai fungsi sosial dan politik selain rungsi sastera. Sastera khasnya sastera yang wujud sebelum pemerintahan orang Mongol, harus mempunyai tujuan mempertingkat dan menyempurnakan seseorang individu dan segi moral dan etika. Keempat, sifat harmoni diutamakan. Sastera Cina menegaskan ciri zhonghe, iaitu harmoni antara emosi dengan rasional, selaras dengan semangat zhongyong (kesederhanaan) dalam tamadun Cina. Kesenian Cina juga menunjukkan sifat harmoni dengan alam semesta. Dan kehma, falsafah Konfusius tidak memberi pengaruh yang kuat terhadap aspek seni Cina. Sebaliknya, seni Cina banyak memperlihatkan ciri-ciri Daoisme dan Buddhisme. Selain itu, unsur-unsur budaya pendatang dari kawasan sekitar negara China juga diserap dalam bidang seni.

18.5 SAINS DAN TEKNOLOGI CINA

Hasil arkeologi menunjukkan sains dan teknologi Cina sudah wujud pada kurun ke-15 sehingga kurun ke-11SM. Di peringkat awal permulaannya, budaya Cina sangat menghargai kemahiran dalam teknologi khasnya kejuruteraan hidraulik kerana kewujudan budaya Cina bergantung kepada kejayaan atau keupayaan untuk mengawal banjir Sungai Kuning. Teknologi yang lain misalnya, teknologi melebur dan menuang besi ke dalam acuan (eating of iron), pengeluaran


porselin, pembuatan kertas dan loyang, dipercayai telah wujud pada masa yang lebih awal lagi. Bagaimanapun, berikutan perkembangan sejarah, budaya Cina menjadi satu dengan golongan elit birokratik begitu dominan. Golongan ini telah membawa kesan konservatif terhadap inovasi, dan selanjutnya telah menghalang segala pengenalan teknik baru kecuali teknik itu boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada seluruh birokrasi.

Interaksi atau hubungan antara China dengan Barat kurang terserlah sehinggalah kemunculan zaman moden. Namun begitu, wujud pertemuan sekali- sekala yang berlangsung antaranya pengembaraan Marco Polo pada tahun 1275- 1292. Ini telah menarik perhatian dunia Barat tentang keunggulan teknologi Cina dan seterusnya berlaku pemindahan pengetahuan teknologi dan China ke Barat. Ilmu mengenai sutera, kompas, pembuatan kertas dan porselin di dunia Barat dibawa masuk dari negara China. Bagaimanapun, para pemerintah China tidak berminat untuk menggalakkan penciptaan atau perniagaan dan perindustrian serta tidak menggalakkan perhubungan perniagaan dengan dunia luar. Kesannya, negara China telah ketinggalan dalam bidang sains dan teknologi sehingga abad ke-20 yang kemudiannya, evolusi politik dan pergolakan sosial telah membangkitkan kesedaran orang Cina tentang kepentingan sains dan teknologi moden.

18.5.1 Bidang Astronomi

Di zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke-11 sehingga ke-3SM), orang Cina telah mampu menyediakan katalog bintang, mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan terbesar ahli astronomi Cina ialah penghasilan peralatan astronomi dan penyelenggaraan rekod astronomi yang sempurna, tepat dan berterusan sepanjang lebih daripada 2,000 tahun. Sistem kalendar Cina juga adalah salah satu sistem yang paling awal, maju dan tepat berbanding dengan sistem lain di dunia ini.

18.5.2 Bidang Matematik

Orang Cina juga banyak mencapai kemajuan dalam bidang matematik. Penggunaan sempoa (abacus) disebut buat pertama kali pada kurun ke-2 dalam karya ahli matematik Xu Yue, walaupun alat itu tidak digunakan secara meluas sehingga masa yang lebih lewat. Kebanyakan matematik Cina terkandung dalam karya agong jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang (kurun ke-2SM). Di dalam buku ini terdapat misalnya catatan mengenai kuantiti negatif. Ahli matematik Cina juga mengenai pasti nilai pi, sistem pecahan dan sistem perpuluhan. Kesemua kemajuan dalam bidang matematik ini kekal digunakan sehingga masa kini.


18.5.3 Bidang Perubatan

Sistem perubatan Cina tradisional bersifat kepurbaan dan adalah bebas daripada pengaruh asing. Mengikut legenda, ia bermula sejak masa Fu Xi (2953SM?) dan diperkembangkan seterusnya oleh Shen Nong (?-2698SM?) dan Huang Di (?-2598SM?).

Rangka teori asas bagi perubatan Cina tradisional ialah teori kosmik dualistik yin dan yang dan juga teori lima elemen. Teori yin dan yang mengatakan bahawa keseimbangan secara harmoni kedua-dua kuasa yin dan yang akan mempengaruhi kesihatan badan manusia. Apabila kadar yin dan yang dalam badan manusia kurang seimbang, kesakitan berlaku. Dalam badan manusia kadar yin dan yang boleh dikawal dan ini merupakan tumpuan paling utama dalam perubatan Cina tradisional. Teori lima elemen menganggap badan manusia sebagai sebahagian daripada dunia fizikal ini dan organ dalaman seperti hati, jantung, limpa, paru-paru dan ginjal adalah secocok dengan lima elemen dalam alam semesta. Misalnya, paru-paru dianggap mempunyai kualiti kayu yang boleh dinyala oleh api. Oleh itu seseorang yang menghadapi gangguan paru-paru mudah menjadi marah. Berdasarkan dua teori ini doktor Cina tradisional mengambil berat tentang kepentingan melaraskan semula keseimbangan harmoni badan seseorang pesakit.

Satu lagi bentuk teori penting ialah teonjing (saluran) dan luo (kolateral) yang merupakan asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxishustion (membakar daun moxa). Mengikut teori ini, organ dalaman, tangan dan kaki badan manusia adalah berkaitan dan dihubungkan oleh saluran di mana darah dan qi (tenaga dinamik) beredar. Apabilaywg atau luo tersekat, darah dan qi tidak dapat mengalir lancar dan ini akan menyebabkan kesakitan. Dengan ini memastikan darah dan qi mengalir lancar merupakan asas dan langkah pertama untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

Akupuntur dan moxihustion sangat penting dalam perubatan Cina tradisional. Berdasarkan teori jing dan luo, akupuntur melibatkan perbuatan memasukkan atau mencucuk jarum logam yang telah disteril, yang panjangnya antara 3 sehingga 24 cm ke dalam kulit dan tisu di bawah kulit. Salah satu tujuannya adalah untuk menstimulasikan titik tertentu pada saluran jing dan luo supaya gangguan peredaran darah atau qi dapat dibetulkan. Pengamalan akupuntur telah bermula sejak kira-kira 2,500SM atau lebih awal dan adalah benar-benar sifat Cina dari sudut perubatan. Dalam rawatan moxibustion, daun moxa (Artemisia chinensis) dibubuh pada titik tertentu pada permukaan kulit lalu dibakar.

Bahan yang digunakan sebagai ubat-ubatan sangat luas termasuklah tumbuh-tumbuhan (herba), binatang dan sumber galian. Terdapat herba zaman purba yang berjumlah lebih kurang 1,000 jenis. Kegunaan ubat-ubatan dalam rawatan pada dasarnya ialah untuk memulihkan keseimbangan yin dan yang dan merupakan satu perkara yang agak rumit. Ini menyebabkan cara mempreskripsi


(menentukan penggunaan ubat-ubatan) bersifat kompleks. Terdapat ubat yang telah diguna oleh sistem perubatan Barat misalnya rubarb, besi (untuk anemia), dan kapur barus (champor). Herba mahuang telah digunakan sekurang-kurangnya sepanjang 4,000 tahun di negara China dan sekarang sangat berguna dalam bidang perubatan Barat untuk merawat penyakit lelah (asthma) dan penyakit lain yang berkaitan.

Buku mengenai perubatan dan farmokologi Cina tradisional sangat berguna dalam memperkembangkan sains perubatan Cina. Huangdi neijing (Klasik Perubatan Maharaja Kuning), yang dipercayai dihasilkan oleh sarjana perubatan tidak bernama pada Zaman Negeri Berperang (475-221SM), merupakan kesimpulan sempurna yang pertama bagi perubatan Cina tradisional. Bencao gangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen (1518-1593) ialah farmakopeia Cina teragung dan mengandungi 52 jilid yang masih dianggap berwibawa sehingga masa kini.

18.5.4 Bidang Optik

Dalam bidang optik, saintis Cina awal telah memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej yang dihasilkan oleh kamera lubangjarum (pin- hole camera), dan begitu juga pelbagai imej yang dihasilkan oleh kanta cekung (concave- lens). Mereka juga memahami prinsip fokus.

18.5.5 Bidang Alkimia

Ahli alkimia Cina dalam usaha mereka mencari satu cara yang dapat membuat manusia hidup selama-lamanya telah menghasilkan sejenis "eliksir kehidupan" (elixir of life). "Eliksir kehidupan" ini mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum dan arsenik. Bahan-bahan tersebut kebanyakan adalah bersifat toksik dan ahli alkimia sedar akan sifat ini. Dalam bidang perubatan moden, penggunaan bahan beracun adalah biasa. Walaupun tujuan utama adalah untuk mengkaji hasil yang dapat memanjangkan usia manusia, uji kaji ahli alkimia Cina dalam mencampur pelbagai bahan, termasuk bahan beracun, telah menyebabkan ciptaan lain yang berguna.

18.5.6 Teknologi Cina

Antara kurun ke-15 sehingga ke-11SM, orang Cina sudah tahu akan teknik pengairan, pertanian, astronomi, cara membuat kalendar dan penulisan. Seawal lebih kurang tahun 200SM, mereka telah menghasilkan abah-abah yang diikat pada dada (breast-strap harness). Ciptaan ini membolehkan kuda membawa muatan yang lebih berat dengan lebih mudah. la dibawa dari China ke Barat antara kurun ke-7 hingga ke-11 dan adalah asas bagi abah kerongkong yang


digunakan masa sekarang. Kereta sorong (wheelbarrow) yang banyak meringankan tenaga manusia pula dicipta pada kira-kira tahun 200SM.

Masyarakat Cina juga menyedari mengenai kebaikan tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang dari segi perekonomian. Dari China, dibawa kain sutera ke dunia Barat semasa pemerintahan era Roma, dan ulat sutera serta pokok mulberi diperkenalkan di Eropah pada kurun ke-6. Manakala fosil dikenali buat pertama kali di negara China kira-kira pada tahun 1050 oleh Zhu Xi, sedangkan di Eropah hanya selepas Leonardo da Vinci iaitu kira-kira pada kurun ke-15.

18.6 EMPAT PENCIPTAAN AGUNG

Antara pencapaian teknologi Cina purba, yang paling berguna dan berpengaruh dan segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia ialah empat penciptaan agung iaitu teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.

Mengenai teknik membuat kertas, ia telah dicipta oleh Cai Lun dengan bahan-bahannya menggunakan fiber tumbuh-tumbuhan pada tahun 105. Teknologi membuat kertas ini kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama (The Old Silk Road) dan tiba di Eropah pada kira-kira kurun ke-13.

Teknologi teknik pencetakan (printing) telah mula diperkenalkan semasa pemerintahan dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yang paling awal dan masih wujud sehingga kini ialah fingangjing (Kitab Sutra Diamond) versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 yang kini disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. Buku ini dianggap mewakili hasil daripada pengalaman lama orang Cina dalam teknik percetakan blok (block-printing). Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak (mobile-type printing) dan mula menggunakannya secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama di dunia Barat yang hanya berlaku pada kurun ke-15.

Bahan letupan (gunpowder) pula telah dicipta oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Menjelang kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Bahan letupan mulai digunakan dalam bidang militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu bahan letupan dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13 dan seterusnya dan situ diperkenalkan ke negara Eropah.

Kompas juga merupakan salah satu dari empat penciptaan agung dalam tamadun Cina yang memberikan sumbangan bermakna kepada tamadun dunia sehingga masa kini. Semasa dinasti Han (206SM - 220SM) sifat-sifat magnet


sudah diketahui di negara China. Antara kurun pertama dengan kurun ke-6, orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan (induced magnetism), dan menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan (declination) dan juga kekutuban magnet (polarity) dikuasai. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, orang Cina telah menghasilkan kompas, yang pada mulanya untuk digunakan di kapal.

18.7 KEMEROSOTAN DAN CIRI-CIRI SAINS CINA

Seperti yang dibincangkan di atas, negara China telah banyak menyumbang kepada tamadun dunia di bidang sains dan teknologi terutamanya sebelum kurun ke-14. Akan tetapi, selepas ini sains dan teknologi di China boleh dikatakan mengalami tahap kemerosotan.

Beberapa ciri yang berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi Cina boleh dirumuskan seperti berikut iaitu pertama, sifat orang Cina yang pragmatik dan praktikal. Orang Cina lebih mengutamakan teknologi atau alat- alat penciptaan untuk tujuan pragmatik atau kegunaan berbanding dengan menjalankan penyelidikan dalam bidang sains untuk maksud pengetahuan yang bersifat asas dan teoretikal.

Kedua, cara berfikir Cina yang mengutamakan pengalaman. Berdasarkan pengalaman orang Cina telah mencapai tahap kemajuan yang tinggi mengenai teknologi dan alat-alat penggunaan seperti kalendar, cara pengairan, abacus, perubatan Cina tradisional dan sebagainya. Akan tetapi, mereka kurang menjalankan penyelidikan tentang teori sains secara kritis, analisis dan logik. Mereka jarang mengaplikasikan pendekatan kuantitatif dan logik terhadap pengetahuan empirik. Mereka berminat akan aspek 'apa' dan bukan aspek 'mengapa' tentang sesuatu keadaan atau benda.

Ketiga, falsafah Cina yang mementingkan aspek humanisme. Pemikiran Konfusius yang berasaskan sifat humanisme mengutamakan aspek pembinaan akhlak perseorangan supaya menjadi individu yang berguna terhadap keluarga, masyarakat, negara dan dunia. Sehubungan ini, kewajipan sosial seseorang dalam konteks 'lima hubungan sosial' ditegaskan dalam sistern pendidikan Cina. Akibatnya, para sarjana kurang berminat terhadap pengetahuan sains, khususnya sains semulajadi (natural science).

Keempat, kesan sistem peperiksaan perkhidmatan awam. Sistem peperiksaan ini mementingkan aspek falsafah dan etika Konfusianisme dan dengan ini tidak menggalakkan kemunculan bakat yang mahir dalam bidang sains.

Dan kelima, pendekatan holistik terhadap kehidupan. Pendekatan holistik ini jelas kelihatan di bidang perubatan Cina yang memandang seluruh bahagian badan manusia itu sebagai satu, iaitu sebarang bahagian badan tidak


terpisah daripada bahagian yang lain, dan seseorang pesakit diteliti dari konteks yang luas termasuk sosial dan biologi.

Sumbangan tamadun Cina terhadap tamadun dunia di bidang sains dan teknologi adalah banyak dan besar. Interaksi antara tamadun di bidang sains dan teknologi berlaku sejak tahap permulaan dengan pelbagai tradisi sains saling pengaruh mempengaruhl antara satu sama lain.

18.8 PENUTUP

Kesusasteraan klasik dan kesenian Cina merupakan hasil budaya Cina yang amat bernilai. Seperti komponen budaya Cina yang lain, kandungan kesusasteraan klasik dan kesenian Cina adalah sangat kaya dan menarik.

Di bidang sains dan teknologi, walaupun perkembangannya tidak sebegitu pesat berbanding dengan sains dan teknologi moden, orang Cina telah mempelopori penciptaan kertas, percetakan, bahan letupan dan kompas yang banyak memberi manfaat kepada permodenan negara-negara Barat.

Dengan pencapaian-pencapaian penting dalam bidang bahasa dan kesusasteraan, kesenian, sains dan teknologi dalam tamadun Cina, ini membuktikan bahawa tamadun Cina merupakan antara penyumbang utama dan penting kepada perkembangan tamadun dunia. Melalui hubungan atau interaksi antara tamadun, pencapaian-pencapaian tamadun Cina kemudiannya telah dibawa dan diperkenalkan kepada tamadun-tamadun lain sehingga sesetengahnya kekal sehingga masa kini walaupun berlaku proses pembaharuan, perubahan dan penyesuaian menurut zaman.


Bab 19

TAMADUN CINA: INTERAKSI DENGAN TAMADUN LAIN DAN RELEVANSINYA DI MALAYSIA DAN DUNIA

Cheng Gek Nai

Zaman Xia, Asimilasi, Bulatan budaya Cina: Korea, Jepun, Vietnam, Interaksi Budaya: China-Asia Tenggara; China-India; China-Dunia Arab, Amalgamasi, Akulturasi, Proses Penyesuaian Diri, Dialog Peradaban, Buddhisme di China, Jalan Sutera, Islam di China, Dampak Barat, Globalisasi Zaman Informasi, Kerelevanan Tamadun Cina di Malaysia.

19.1 INTERAKSI ANTARA TAMADUN: PENGENALAN

Pada zaman Xia (kk kurun ke-21SM hingga ke-16SM), nama seperti Hua, Xia dan Zhongguo mula digunakan untuk merujuk kepada kawasan di bahagian tengah antara dua sungai besar, iaitu Huanghe dan Yangzi. Ini menunjukkan penduduk di kawasan berkenaan telah mempunyai satu perasaan identiti sosial dan budaya, iaitu kesedaran bahawa dari beberapa aspek budaya mereka adalah satu entiti yang berlainan daripada kumpulan-kumpulan lain di sekelilingnya. Perasaan identiti ini adalah hasil daripada satu proses pembudayaan yang mengintegrasikan masyarakat berbilang ras atau etnik yang menetap di kawasan tersebut. Proses ini memakan masa beribu-ribu tahun dan sukar dikesan dalam kebudayaan Xia. Oleh kerana kebudayaan Cina berpunca daripada kebudayaan Xia maka dapat dianggap bahawa interaksi kebudayaan Cina dengan kebudayaan lain bermula pada zaman ini. Melalui proses interaksi antara budaya ini, interaksi pada peringkat tamadun antara China dengan dunia lain mula terbentuk.

Interaksi antara budaya terus berlangsung sehingga mengakibatkan banyak lagi kumpulan etnik, yang namanya dapat dikesan dalam rekod sejarah


Cina, telah bergabung atau diasimilasikan dengan orang Xia (kemudiannya dikenali sebagai orang Han atau Cina). Kawasan yang dipengaruhi oleh kebudayaan Cina terus berkembang serentak dengan perkembangan tanah jajahan dinasti Zhou (kk 1123SM-221SM), dinasti Qin (221SM-206SM), dinasti Han (206SM-220 TM) dan zaman seterusnya. Sistem politik yang berwibawa, kuat dan stabil serta pencapaian tahap kemajuan yang lebih tinggi secara relatifnya telah mendorong kebudayaan Cina berkembang ke rantau lain, sama ada di kawasan berdekatan atau jauh. Mengikut ahli-ahli antropologi, kawasan-kawasan yang dipengaruhi (dilingkungi) oleh sesuatu kebudayaan dapat dikenali sebagai bulatan budaya. Bagi kebudayaan Cina, bulatan budayanya meliputi kawasan Korea, Jepun dan Vietnam. Di peringkat luar bulatan budaya, kebudayaan Cina telah berinteraksi dengan kebudayaan di rantau Asia Tenggara, India, Tanah Arab dan Parsi (Islam), dan Eropah.

19.2 INTERAKSI BUDAYA CINA DENGAN KAWASAN BULATAN BUDAYA

19.2.1 Interaksi Budaya Cina dengan Korea
Bukti-bukti arkeologi menunjukkan bahawa Korea semasa zaman Neolitik dan Gangsa (sehingga kk kurun ke-10SM) mempunyai kebudayaan yang sama dengan Provinsi Liaoning dan Shandong, China. Walau bagaimanapun, orang Korea adalah berlainan daripada orang Cina dari segi ras dan bahasa. Oleh sebab kedua-dua negeri berdekatan dan bercorak agraria, kebudayaan Cina amat berpengaruh terhadap kebudayaan Korea sehingga awal kurun ke-20.

Pada zaman dinasti Shang (kk kurun ke-16SM-ke-11SM) orang Cina telah mengenali Korea sebagai satu kawasan dan entiti yang tersendiri. Selain kegiatan perdagangan, orang Cina berhijrah ke Korea kerana melarikan diri daripada peperangan ataupun penyeksaan politik. Seorang pelarian politik Cina iaitu Wiman, dikatakan pernah memerintah sebuah wilayah puak Korea iaitu Chosan pada kurun ke-2SM. Pada tahun 108SM, wilayah-wilayah puak Korea termasuk Chosan telah dikuasai dan dijajah oleh empayar Han. Imigrasi orang Cina, pemerintahan Wiman dan penjajahan empayar Han telah mempengaruhi orang Korea mirip kepada kebudayaan Cina sepanjang sejarahnya, sehingga Korea dijajah oleh kuasa Jepun pada tahun 1910.

Antara kurun pertama dengan ke-6, muncul tiga negeri berbentuk sukuan iaitu Koguryo, Paekche dan Silla yang masing-masing menyatukan sebilangan wilayah puak-puak. Unsur-unsur kebudayaan Cina telah diserap secara besar- besaran oleh setiap negeri sukuan ini. Proses perkembangan ini mencapai kemuncaknya apabila Korea muncul sebagai sebuah negara berfahaman Konfusianisme semasa dinasti Li (1392-1910) yang memerintah seluruh


Semenanjung Korea. Dari dinasti Sui sehingga dinasti Qing (581-1911), interaksi antara China dengan Korea tidak terhenti-henti malah sentiasa berkembang. Antara unsur-unsur kebudayaan Cina yang amat berpengaruh di Korea ialah Konfusianisme dan Buddhisme. Melalui Konfusianisme, undang-undang dan institusi sosial, budaya dan politik Cina diterima secara bulat-bulat oleh semua lapisan masyarakat Korea. Klasik Konfusius begitu terkenal dan bernilai di kalangan golongan atasan dan cendekiawan, dan pengajian Konfusianisme diiktiraf oleh kerajaan sebagai pengajian yang unggul. Ketiga-tiga negeri sukuan tersebut mendirikan institusi pendidikan untuk mengkaji Konfusianisme dan Buddhisme di samping dijadikan bahan pengajaran. Untuk mengukuhkan kedudukan ini, kerajaan menghantar beratus-ratus pelajar ke negara China untuk mempelajari Konfusianisme dan memahami sistem pentadbiran China. Akibat daripada interaksi ini, sistem birokrasi, peperiksaan, perundangan dan ketenteraan telah dipindah atau dibawa sepenuhnya ke Korea. Setiap tahap perkembangan Konfusianisme di China, seperti Neo-Konfusianisme yang diketuai oleh Zhu Xi (1130-1200) di zaman dinasti Song dan Wang Yangming (1472-1528) di zaman dinasti Ming, telah tersebar dan berkembang ke Korea. Sarjana-sarjana Korea telah mengikuti, mengkaji, dan mempelajari proses perkembangan ini.

Buddhisme dibawa masuk dan disebar oleh sami-sami Cina yang dikirim oleh pemerintah-pemerintah negara China. Buddhisme di Korea merupakan agama yang telah ditafsir dan diubahsuai mengikut kebudayaan Cina. Sebagaimana Konfusianisme, kemasukan "Buddhisme Cina"disambut baik dan berkembang pesat di ketiga-tiga negara sukuan tersebut. Pada tahun 392, kerajaan Koguryo mengeluarkan dekri bahawa semua rakyat harus percaya pada Buddhisme. Paekche pula dikenali sebagai sebuah negeri yang mempunyai banyak kuil (rumah peribadatan) dan terdapat ramai sami. Setelah kejayaan menyatupadukan Korea, kerajaan Silla dianggap sebagai "dinasti Buddha "kerana pemerintahnya menggunakan agama Buddha untuk mengesahkan atau mengabsahkan kedaulatannya di Korea. Sebagaimana di negara China, oleh sebab persaingan dan perdebatan antara Buddhisme dan Konfusianisme, maka Buddhisme juga mengalami jatuh-bangun dalam proses perkembangannya di Korea. Bagaimanapun, Konfusianisme dan Buddhisme adalah dua unsur yang penting dalam kebudayaan Korea.

Selain faktor geografi, interaksi budaya antara Korea dengan China dimudahkan lagi melalui penggunaan bahasa Cina oleh orang Korea sejak kurun ke-5SM sebagai bahasa perantara untuk mempelajari apa-apa sahaja unsur kebudayaan dari negara China, terutamanya Konfusianisme dan sastera klasik Cina. Akibatnya, Korea amat kuat dipengaruhi oleh kebudayaan Cina dalam kedua-dua bidang tersebut. Pada kurun ke-15 (dinasti Li Korea), sistem tulisan Korea dicipta dengan merujuk kepada hasil yang tercapai dalam ilmu fonetik Cina. Sehingga kini perbendaharaan kata bahasa Korea masih penuh dengan istilah-istilah Cina.


Sejak zaman purba, bidang kesenian, sains dan teknologi Cina telah mengalir masuk ke Korea secara berterusan. Melalui kajibanding, lukisan-lukisan mural dalam kubur-kubur lama di Korea menunjukkan teknik, gaya dan isi kandungan yang sama dengan yang terdapat di China. Apabila Buddhisme memasuki Korea, diperkenalkan lagi unsur-unsur kesenian Buddha dalam sent bina, sent area dan sent lukis. Kesenian Korea termasuk seni tembikar, seni lukis dan kaligrafi sebenarnya merupakan lanjutan kesenian Cina. Melalui interaksi ini juga, Korea kuno telah memperolehi pelbagai teknologi penghasilan (pertanian, pertukangan, perubatan, dan lain-lain), buatan logam dan kraftangan yang berasal dari China. Teknologi Cina dalam perkilangan kertas, pencetakan dan pembuatan bahan letupan dibawa masuk ke Korea lebih awal berbanding dengan negeri-negeri lain, kerana China dan Korea amat berdekatan. Begitu juga mengenai teknik dan ilmu pengetahuan dalam bidang astronomi, penggubalan kalendar, perubatan dan lain-lain lagi.

19.2.2 Interaksi Budaya Cina dengan Jepun

Interaksi secara langsung atau tidak langsung iaitu melalui Korea antara Jepun dengan sesetengah wilayah China telah berlangsung pada kurun ke-2SM, iaitu di zaman Qin (221SM-206SM). Interaksi di peringkat awal ini telah membawa masuk teknologi pertanian, pemeliharaan ulat sutera dan pembuatan perkakas best dan gangsa ke negara Jepun, lalu telah memajukan masyarakat Jepun. Hubungan diplomatik antara China dengan Jepun telah bermula semasa pemerintahan dinasti Han Timur (25-220). Pada zaman dinasti Sui (581-618) dan dinasti Tang (618-907), bilangan pelajar dari Jepun yang menuntut di China agak ramai. Selain melalui diplomat dan pelajar, pengaliran dua hala yang melibatkan sami, ahli seni, dan pedagang dan imigran telah mempertingkatkan lagi interaksi budaya China dengan Jepun. Bermula dari zaman Nara hingga zaman Kesyogunan Tokugawa (646-1867), negara Jepun telah mengalami satu proses panjang dalam mempelajari pelbagai aspek kebudayaan Cina termasuklah bahasa, sejarah, falsafah, agama, kesenian, sistem politik dan sebagainya.

Pada zaman Qin (221SM-206SM), orang Cina yang bermigrasi telah membawa masuk bahasa Cina untuk disebarkan di Jepun. Beberapa kurun kemudiannya, keluarga diraja dan golongan atasan baru mementingkan bahasa Cina sebagai alat untuk menuntut ilmu pengetahuan dari negara China. Bahasa Cina terus digunakan oleh orang Jepun kerana bahasa Jepun ketiadaan sistem tulisan sendiri, dan bahasa Cina adalah bahasa bersama bagi China dan Jepun buat masa yang panjang. Pada kurun ke-9, Kana, iaitu sistem tulisan Jepun, dicipta berdasarkan Kanji, iaitu sistem tulisan Cina. Kini kedua-dua sistem tulisan ini diguna secara bercampur dalam bahasa Jepun. Dalam bidang persejarahan pula, rekod rasmi yang terawal mengenai sejarah Jepun ialah Nihongi (Annals of Japan], tergubal dalam bahasa Cina pada awal kurun ke-8. Seterusnya sehingga awal kurun ke-20, penulisan sejarah rasmi di Jepun semuanya adalah


dalam bahasa Cina. Bahkan, format dan susunan, pendekatan, perspektif dan orientasi nilai adalah sama dengan persejarahan Cina.

Konfusianisme dibawa masuk dan disebar keJepun pada masa dinasti Jin Barat (265-316). Perkembangan Konfusianisme diJepun boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap yang pertama meliputi jangka masa antara awal kurun ke-5 hingga akhir kurun ke-12. Pada tahap ini, akibat peningkatan pengajian mengenai Cina diJepun, maka tata etika, teori politik, pemikiran dan institusi perundangan dan pendidikan yang berasaskan ajaran Konfusianisme amat berpengaruh dalam masyarakatJepun. Ajaran Konfusianisme ini bersendikan prinsip semesta Dao (atau Mishi dalam bahasa Jepun). Mengikut Dao, semua perkara akan sempurna dengan tidak bersusah payah sekiranya mematuhi hukum- hukum alam semula jadi. Fahaman Lao Zi (kk kurun ke-6SM) dan Zhuang Zi (kk 369-286SM) turut bergabung dalam prinsip Dao. Pada kurun ke-7, pengaruh Konfusianisme begitu kuat sehinggakan Maharaja Jepun terdorong mengisytiharkan satu dekri untuk mengaplikasi prinsip dan konsep Konfusianisme terhadap perkara sosial dan etika. Dalam sistem pendidikan, kurikulum pelajaran klasik Konfusian dan teks Cina digunakan dengan luasnya sama ada dalam bidang etika, kesusasteraan ataupun dalam bidang matematik dan perubatan.

Tempoh masa antara akhir kurun ke-12 sehingga awal kurun ke-17 merupakan tahap kedua perkembangan Konfusianisme diJepun. la bermula dengan tersebarnya Neo-Konfusianisme diJepun dan berakhir dengan wujudnya beberapa aliran falsafah. Dalam jangka waktu ini, pengajian mengenai Konfusianisme merupakan bahan utama dalam pendidikan intelektual, dan ahli falsafah Cina pada masa dinasti Song (960-1279) amat dihormati. Golongan sami mazhab Buddhisme Zen, sama ada keturunan Cina atau Jepun, giat menyebarkan falsafah Neo-Konfusianisme.

Zaman Edo atau Kesyogunan Tokugawa (1603-1867) dikenali sebagai tahap ketiga perkembangan Konfusianisme di Jepun. Selaras dengan pemerintahan Syogun Tokugawa yang bersifat tegas maka adalah bermanfaat bagi pihak kerajaan memajukan pengajian mengenai Konfusianisme. Pengaruh Konfusianisme menjadi sebegitu kuat sehingga akhirnya membantu pembentukan minda atau mentaliti Jepun moden. Pada masa ini terdapat tiga aliran fahaman Konfusianisme iaitu pertama, Aliran Shushi yang berdasarkan rukun-rukun Zhu Xi (1130-1200), mengkaji dan mengajar falsafah Rasionalistik, dan diterima secara rasmi oleh Kesyogunan Tokugawa sebagai ortodoks dan amat berpengaruh; kedua, Aliran Wang Yangming yang berdasarkan doktrin Wang (1472-1528), seorang ahli falsafah pada zaman dinasti Ming (1368-1644); dan ketiga, Aliran Kogaku (Pelajaran Purba), yang mementingkan klasik Konfusian yang asli, dan bertentangan dengan fahaman Zhi Xi dan Wang.

Buddhisme yang diamalkan diJepun ternyata mempunyai banyak ciri- ciri Jepun. Pada hal, agama Buddha disebarkan pada awal kurun ke-6 dari


China sebagai sebahagian daripada kebudayaan Cina, iaitu yang telah dicinakan. Agama Buddha mendapat sambutan baik diJepun pada zaman dinasti Sui (581- 618) dan dinasti Tang (618-907). Mazhab Buddha yang berasal dari China masing-masing berkembang di Jepun. Putera Shotoku (573-621) menganggap fahaman Buddha sebagai fahaman yang terunggul di dunia dan mengeluarkan dekri menyuruh rakyat jelata supaya menganutinya.

Banyak bidang ilmiah dan kesenian Jepun yang menerima pengaruh dari kebudayaan Cina seperti sent bina, sent lukis, kaligrafi, kesusasteraan dan muzik. Teknologi pencetakan penghasilan barang lakuer, porselin dan tembikar, kain sutera, kertas, bahan letupan dan banyak lagi menyebar ke Jepun juga secara berterusan sehingga kedatangan kuasa Barat pada pertengahan kurun ke-19. Unsur-unsur kebudayaan China dalam kehidupan sehari-hari pun banyak menyerap dalam pakaian (kimono), makanan (tauhu, teh dan seni teh, kicap, penggunaan penyepit), permainan (wau, mahjong), perkebunan, pesta dan perayaan, upacara dan ritus (penyembahan).

19.2.3 Interaksi Budaya Cina dengan Vietnam

Di kalangan negara-negara Asia Tenggara, Vietnam merupakan negara yang kuat sekali dipengaruhi oleh kebudayaan Cina. Oleh itu, Vietnam dianggap berada dalam bulatan budaya Cina, sungguhpun pada suatu ketika dahulu pernah dipengaruhi dan dikuasai oleh kebudayaan Hindu. Kajian etnografi dan bukti arkeologi menunjukkan wujudnya pelbagai unsur yang terlibat dalam pembentukan orang Vietnam sebagai satu kumpulan ras atau etnik yang tersendin. Antara unsur-unsur tersebut, unsur Cina yang dikatakan bermula pada zaman Paleolitik dan Neolitik (kk 8000SM-2000SM) adalah nyata sekali. Unsur Cina dalam kebudayaan Vietnam amat menonjol kerana kedua-dua negara berdekatan dan Vietnam merupakan sebahagian daripada empayar China dalam satu jangka masa yang panjang (111-939).

Melalui interaksi dan penaklukan ke atas Vietnam, kebudayaan Cina amat berpengaruh secara meluas dan mendalam terhadap sistem bahasa, pemikiran, adat resam dan sistem nilai orang Vietnam. Sebelum Vietnam dijajah oleh kuasa Perancis, bahasa Cina telah digunakan dalam bidang pentadbiran, kesusasteraan, persejarahan, perubatan dan bidang-bidang ilmiah. Melalui bahasa Cina, mstitusi dan sistem kerajaan serta politik, perundangan, pendidikan dan peperiksaan dari China terus dipinjam. Konfusianisme merupakan rukun panduan bagi pihak golongan pemerintah dan semua lapisan masyarakat. Klasik Konfusian dijadikan bahan peperiksaan awam yang berfungsi sebagai mekanisme untuk pengambilan dan pelantikan pegawai-pegawai kerajaan. Pendek kata, Konfusianisme amat berpengaruh sebagai suatu sumber rujukan bagi politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan etika sepanjang sejarah Vietnam sehingga


kedatangan kuasa penjajah-penjajah Barat. Selain Konfusianisme, Buddhisme merupakan lanjutan daripada Buddhisme Cina di Vietnam.

Sebagaimana Korea dan Jepun, terdapat banyak lag! aspek-aspek budaya sehari-harian orang Vietnam yang berasal daripada kebudayaan Cina, antaranya pakaian, makanan, permainan, peralatan muzik, perayaan (Tahun Baru Cina), ritus dan upacara. Dalam sejarah Vietnam, tidak dapat dinafikan kemunculan juga orang Vietnam yang memiliki kepandaian dalam menulis puisi Cina dan mahir dalam seni lukis, seni ukir, seni bina dan kaligrafi Cina.

19.3 INTERAKSI BUDAYA CINA DI LUAR LINGKUNGAN BULATAN BUDAYA: TUMPUAN TERHADAP ASIA TENGGARA, INDIA, DUNIA ISLAM DAN BARAT

19.3.1 Jalan Sutera: Saluran Interaksi antara Tamadun

Interaksi antara China dengan Asia Barat dan Eropah agak lembap, berbanding interaksinya dengan Asia Timur kerana dari segi geografi negara China agak terpisah daripada Eropah dengan padang gurun dan gunung-ganang. Namun demikian, negara China pernah berinteraksi dengan negara-negara Eropah sehingga ke Rom seawal kira-kira kurun pertama sebelum masehi melalui saluran perdagangan terutama kain sutera. Jalan yang menghubungkan antara China dengan kawasan Asia Timur, Asia Barat Tengah dan Barat, dan Eropah dikenali sebagai Jalan Sutera Lama, manakala jalan laut yang menghubungkan China dengan kawasan rantau Asia Tenggara, India dan Afrika dikenali sebagai Jalan Sutera Maritim (Laut).

Jalan Sutera Lamaterbentang arah ke barat dari Chang'an (kini dikenali Xi'an), China ke Antakya di Turki sejauh lebih 7,000 km. Pembukaan Jalan Sutera Lama ini adalah akibat usaha empayar Han untuk menerokai kawasan- kawasan di sebelah barat wilayahnya. Pada zaman dinasti Han (206SM-220 TM), kaum Xiongnu iaitu suatu kuasa bersekutu nomad yang semakin kuat kekuasaannya di utara China telah menimbulkan ancaman terhadap perdagangan antara China dengan Arab dan Rom. Untuk mengatasi ancaman ini, Maharaja Han Wu (140SM-87SM) telah mengirim Zhang Qian pada tahun 138SM ke Bactria dengan tujuan menggembleng sokongan kaum Yuezhi untuk menentang kaum Xiongnu. Namun begitu, usaha ini gagal dan beliau telah ditangkap dan terus ditahan selama 10 tahun oleh orang Xiongnu. Akhirnya Zhang Qian kembali dengan membawa berjenis-jenis tumbuhan (antaranya buah anggur) dan hasil-hasil semula jadi yang lain, serta maklumat tentang keadaan geografi dan kehidupan kaum-kaum di Asia Barat, Asia Tengah dan Mesir. Pada tahun 119SM, sekali lagi Zhang Qian melawat ke kawasan-kawasan barat. Seterusnya, China telah saling utus-mengutus dengan kerap dengan negara-negara di Asia Tengah dan Asia Barat. Ekspedisi Zhang Qian berjaya memperluaskan wilayah


empayar China serta mempertingkatkan hubungan perdagangan antara China dengan kawasan-kawasan barat melaluiJalan Sutera Lama ini.

19.3.2 Interaksi Budaya Cina dengan Asia Tenggara

Mengikut rekod sejarah China, pada zaman Tiga Negara (220-280) negara Wu (222-280) pernah mengutus satu rombongan ke negeri Funan (Kampuchea) dan negeri-negeri di Asia Tenggara lain untuk menerokai satu jalan laut ke Rom. Tetapi, penemuan-penemuan arkeologi menunjukkan hubungan antara China dengan rantau Asia Tenggara terbentuk lebih awal lagi iaitu pada zaman dinasti Han (206SM-220TM) ataupun dinasti Qin (221SM-206SM). Hubungan ini semakin berkembang berikutan peningkatan teknologi pembinaan kapal dan pengemudian di China, dan mencapai kemuncaknya pada zaman dinasti Tang (618-907) dan dinasti Ming (1368-1644).

Melalui beberapa saluran interaksi seperti pengiriman utusan atau misi diplomatik, perniagaan dan perdagangan, peperangan dan ketenteraan, dan imigrasi maka kebudayaan Cina telah meninggalkan banyak kesan terhadap rantau Asia Tenggara. Selain menjalinkan pertalian rasmi antara negara, misi diplomatik dahulu kala berfungsi juga seperti perdagangan iaitu saling bertukar barang secara besar-besaran sebagai hadiah. Justeru itu, dapat dikatakan bahawa melalui perdagangan dan juga misi diplomatik, China memperkenalkan kepada Asia Tenggara jenis-jenis tekstil (kain) antaranya kain sutera dan kain kapas, barang yang diperbuat daripada porselin, tembikar, lakuer atau logam, dan makanan seperti taugeh, tauhu, kicap dan sayur-sayuran. Barang-barang ini ada yang merupakan bekas dan perkakas untuk dapur, makanan, rumah, tenun, pertukangan, muzik, dan sebagainya, dan ada yang merupakan hiasan. Bersama- sama ini, selain pengenalan teknik dan cara memasak yang baru, diperkenalkan juga teknologi penghasilan barangan (gula tebu, samsu, kertas, kain, bahan letupan, lilin, kasut, kain, dan sebagainya), pembinaan, perlombongan, pertanian (padi dan sayur-sayuran) dan pertukangan (emas dan besi) yang lebih baik dan berkesan, bahkan nilai kerja dan estetik yang baru. Daripada rantau Asia Tenggara pula, China menerima kemasukan hasil ekonomi antaranya rempah, produk haiwan dan tumbuh-tumbuhan, dan semuanya dapat memperkayakan kebudayaan kebendaan negara China.

Melalui saluran interaksi peperangan dan imigrasi, beberapa teknik dan teknologi Cina telah dibawa masuk lalu disebarkan di rantau Asia Tenggara. Dinasti Yuan (1279-1368) mengirim ekspedisi tentera yang berperang dengan Myanmar sebanyak tiga kali pada separuh kedua kurun ke-13. Pada awal kurun ke-14, angkatan tentera Yuan telah memperkukuhkan kedudukannya di Myanmar selama lebih daripada 20 tahun. Ekspedisi tentera Yuan pernah melanggar Pulau Jawa pada tahun 1292. Melalui ekspedisi ketenteraan ini, ramai anggota tentera Yuan kemudiannya mengambil keputusan menetap di luar negara. Di kalangan


mereka terdapat golongan artisan yang memiliki pelbagai kemahiran dan dipercayai mereka ini telah memudahkan pemindahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan teknologi Cina.

Imigrasi orang Cina ke rantau Asia Tenggara secara langsung juga menyumbang kepada interaksi antara budaya terutamanya pemindahan budaya kebendaan. Pada akhir dinasti Tang (618-907), dinasti Song (960-1279), dinasti Yuan (1279-1368) dan dinasti Ming (1368-1644), apabila keadaan politik dan ekonomi menjadi kurang stabil, sejumlah orang Cina terpaksa bermigrasi ke rantau Asia Tenggara. Selain itu, menjelang pertengahan kurun ke-19, kuasa- kuasa penjajah Barat di rantau Asia Tenggara telah membawa masuk dan menggalakkan import tenaga buruh dari India dan China untuk memenuhi keperluan di sektor perladangan dan perlombongan. Akibatnya, setlap negara di Asia Tenggara mempunyai satu komuniti Cina yang agak besar berbanding dengan komuniti Cina seberang laut di luar rantau Asia Tenggara.

Melalui penempatan tetap orang-orang Cina di rantau Asia Tenggara maka satu proses budaya iaitu amalgamasi (penyatuan) atau perkahwinan campur telah berlaku dengan penduduk tempatan. Kadar amalgamasi agak tinggi berlaku di Thailand dan Filipina, manakala di Malaysia dan Indonesia, komuniti peranakan muncul akibat perkahwinan campur antara orang Cina dengan orang tempatan sejak dua atau tiga kurun dahulu. Selain amalgamasi, proses akulturasi (pembudayaan), iaitu proses pertembungan yang membawa kepada saling pinjam- meminjam unsur-unsur budaya berlaku hasil daripada interaksi antara dua kumpulan etnik, semakin meningkat juga dengan wujudnya komuniti Cina yang hidup saling berdampingan dengan pelbagai etnik lain di Asia Tenggara. Proses akulturasi antara orang Cina dengan orang tempatan lebih melibatkan aspek kebendaan seperti makanan, pakaian, pengucapan dan tingkah laku, tetapi aspek institusi dan nilai juga turut terlibat. Di Filipina misalnya, banyak unsur budaya Cina didapati menonjol dalam kehidupan dan pengurusan keluarga, adat resam perkahwinan, upacara pengkebumian, selain daripada makanan, masakan dan perkakas dapur. Nilai-nilai dalam kebudayaan Cina seperti keharmonian, integrasi keluarga, penghormatan terhadap ibu bapa, dimanifestasikan juga dalam kehidupan keluarga orang Filipina.

Dalam interaksi antara China dengan Myanmar dan China dengan Thailand, Buddhisme merupakan salah satu komponen penting dalam interaksi ini. Buddhisme di China merupakan aliran Mahayana manakala di Myanmar dan Thailand merupakan aliran Buddha Theravada. Sungguhpun demikian, ketiga-tiga pihak yang berinteraksi ini tetap mementingkan ajaran agama Buddha yang asal. Sesetengah kitab awal Buddhisme dalam bahasa Sanskrit atau Pali yang sudah hilang atau musnah masih terdapat dan disimpan di China tetapi telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Oleh itu, sami-sami Cina telah menyelamat dan menyumbang kepada pemulihan kitab-kitab asal ajaran ini. Di


Myanmar, sebilangan konsep Buddhisme berasal-usul China danterdapat rumah peribadatan iaitu kuil yang sama reka bentuk dengan kuil-kuil di negara China.

Hubungan antara tamadun Cina dengan Asia Tenggara mencapal zaman kemuncaknya semasa dinasti Ming (1368-1644) berikutan ekspedisi pelayaran Hulubalang Zheng He (1371-1433). Ekspedisi ini melancarkan pelayaran ke rantau Asia Tenggara, India, Tanah Arab dan Afrika Timur sebanyak tujuh kali dalam jangka masa 28 tahun (1405-1433). Ekspedisi Zheng He merupakan ekspedisi pelayaran yang terbesar di dunia pada masa itu dari segi muatan dan keperluan, bilangan anak kapal dan tugas yang dilaksanakan. Asia Tenggara berkedudukan strategik bagi China dan negara-negara Asia Timur untuk berhubung dengan dunia luar melalui jalan laut atau kemudiannya dikenali sebagai Jalan Sutera Maritim (Laut). Selat Melaka merupakan satu jalan lintasan yang amat diperlukan untuk menghubungkan dunia timur dengan dunia barat. Myanmar merupakan salah satu persinggahan yang penting dalam perjalanan ke India atau kawasan di seberang dan sebaliknya. Melalui Filipina pula, semasa di bawah kuasa penjajah Sepanyol, China telah membentuk hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat secara tidak langsung.

Melalui kedudukan yang strategik kerana terletak di pertengahan jalan perdagangan antara dunia timur dan dunia barat, beberapa tamadun dan agama telah bertembung dan berinteraksi di rantau Asia Tenggara. Dalam satu jangka masa panjang, Asia Tenggara secara keseluruhannya pernah dipengaruhi kuat oleh tamadun India yang berteraskan Buddhisme dan kemudiannya Hinduisme. Kedatangan dan penyebaran agama Islam di Gugusan Kepulauan Melayu dan kedatangan agama Kristian di utara Filipina telah memberikan dampak yang mendalam terhadap kebudayaan atau cara hidup di kedua-dua kawasan ini. Oleh itu, interaksi antara China dengan rantau Asia Tenggara adalah berbeza daripada interaksi antara China dengan Korea, Jepun dan Vietnam terutama dari segi pola dan dampak. Malaysia merupakan satu model yang unik hasil daripada pertembungan dan interaksi antara tamadun di Asia Tenggara. Satu bahagian akan dikhaskan untuk meninjau kesan dan kepentingan tamadun atau kebudayaan Cina dalam proses pembmaan negara Malaysia.

19.3.3 Interaksi Budaya Cina dengan India

Tamadun Cina dan tamadun India masing-masing terbentuk semenjak kira-kira 5,000 tahun dahulu dan berkembang sehingga kini di kawasan yang berlainan di benua Asia. Dalam proses yang panjang ini, kedua-dua tamadun agung tersebut melebarkan atau tersebar ke kawasan persekitaran, lalu membentuk lingkungan bulatan budaya masing-masing. Pada kurun ke-2, tamadun Cina telah bertembung dan berinteraksi dengan tamadun India di rantau Asia Tenggara. Mengikut rekod sejarah China, hubungan perniagaan dan perdagangan antara China dengan India telah terbentuk lebih awal lagi iaitu sekurang-kurangnya pada kurun ke-2SM. Pada masa itu yang menjadi aliran utama tamadun India


ialah kebudayaan Arya. Pada kurun ke-6SM, ajaran Buddha telah muncul di India dan kemudiannya disebarkan ke kawasan Asia Tengah, Asia Tenggara dan Asia Timur. Bersama-sama dengan ajaran Buddha, banyak unsur-unsur kebudayaan India, sama ada berkaitan dengan ajaran Buddha atau tidak, terus tersebar ke China dan meninggalkan kesan yang tidak dapat dikikis pada pelbagai aspek kebudayaan Cina. Ciptaan kesusasteraan, seni muzik dan tarian, seni area dan seni mempertahankan diri dari India diminati lalu dipinjam, diserap ataupun dicontohi oleh orang Cina. Pertukaran pemikiran, pengetahuan dan teknologi juga berlaku dalam bidang falsafah, perubatan, sains dan teknologi. Selain itu, terdapat juga bahasa dan ilmu fonetik Cina yang menunjukkan wujudnya ciri-ciri kebudayaan India.

Agama Buddha yang berkembang pesat di India pada kurun ke-6SM kemudiannya telah dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China pada kurun pertama (zaman Han Timur). Namun begitu, amat sukar bagi agama Buddha untuk diterima di China dengan mudah kerana ajarannya tidak bersesuaian dengan institusi keluarga dan politik serta tataetika dan moral orang Cina yang berasaskan Konfusianisme. Oleh itu, penyebaran agama Buddha di China merupakan satu proses penyesuaian diri dengan tradisi budaya Cina termasuk doktrin Daoisme. Akhirnya agama Buddha menjadi satu sistem kepercayaan yang menggabungkan unsur-unsur penting kebudayaan Cina, tetapi prinsip- prinsip asas dan identiti tidak terjejas. Perkembangan agama Buddha di China adalah merupakan satu contoh dialog peradaban yang gemilang dalam sejarah ketamadunan manusia. Dalam konteks untuk memahami ajaran Buddha ini, para sami-sami dan penziarah-penziarah Cina harus melakukan suatu perjalanan yang sukar, menetap di India dan mempelajari kitab Buddha dalam bahasa Sanskrit. Selain itu, terdapat juga perdebatan dan perbincangan antara Buddhisme dengan Konfusianisme untuk selama beberapa ratus tahun di negara China.

Dalam proses berinteraksi ini, antara kerja atau usaha asas yang dilaksanakan ialah melakukan penterjemahan kitab-kitab Buddhisme dari bahasa Sanskrit atau Pali ke dalam bahasa Cina. Dalam tempoh masa lebih daripada 700 tahun (68-789), orang Cina telah dapat menyusun doktrin Buddha dalam satu koleksi berjudul Tripitaka yang meliputi kandungan kitab Mahayana dan Hinayana (berjumlah 3,673 teks dalam 15, 682 jilid) dan melibatkan hampir 200 orang penterjemah dalam usaha penterjemahan ini. Antara penterjemah penting yang memberikan sumbangan besar ialah sami Fa Xian (338-423) pada zaman dinastiJin Timur (317-420) dan sami Xuan Zang (596-664) pada zaman dinasti Tang (618-907). Kedua-dua sami ini pernah melakukan lawatan ke India, menetap di situ, mempelajari bahasa Sanskrit dan mengkaji ajaran agama Buddha. Kerja penterjemahan ini berterusan sehingga kurun ke-13. Sesetengah kitab Buddhisme asal yang hilang atau kehilangan sebahagiannya kemudian dapat dipulihkan semula dalam bahasa Sanskrit berdasarkan penterjemahan Cina.


Selain hasil penterjemahan Cina seperti Tripitaka ini dan buku-buku yang ditulis oleh Fa Xian, Xuan Zang dan sami Cina lain, catatan mengenai pengalaman mereka mengembara ke India juga merupakan sumber yang bernilai untuk mengkaji sejarah dan kebudayaan India kuno dan interaksinya dengan tamadun Cina. Tripitaka yang telah diperkenal dan diterbitkan di Korea dan Jepun menyumbang kepada penyebaran agama Buddha di seluruh keseluruhan Asia Timurini.

Beberapa jenis peralatan muzik (konghou, pipa) dan struktur muzik yang mengandungi tujuh nota setiap tala diperkenalkan ke China daripada India atau Parsi. Rekod sejarah China menunjukkan muzik dan tarian dari India dan Xiyu (kawasan-kawasan barat China) adalah popular dan terkenal di dalam istana, golongan kelas atasan atau bangsawan, dan di kalangan tentera.

Di kawasan bahagian barat dan utara China, terutama di Xinjiang dan Gansu, terdapat banyak groto dengan area Buddha dan mural yang bercorak seni Buddha Gandhara. Sebagai satu gabungan gaya seni Yunani-Rom dengan kebudayaan etnik India yang berpusat di Gandhara, seni Buddha Gandhara ini amat kuat dipengaruhi oleh ajaran Buddha dan ini membanggakan Asia Tengah dan Asia Timur dengan karya-karya yang cemerlang. Di samping itu, sesetengah kuil Buddha India di negara China memperlihatkan gaya reka bentuk seni bina Yunani-Rom.

Penciptaan dalam bidang sains dan teknologi orang Cina yang memberi sumbangan besar kepada dunia seperti senkultur dan penanaman pokok mulberi, pembuatan kertas, tembikar dan bahan letupan, teknologi pencetakan dan penggunaan kompas, pasti telah dibawa masuk ke India melalui perdagangan dan pelbagai saluran lain. Pada zaman dinasti Tang (618-907), teknologi India menghasilkan gula daripada tebu diperkenalkan ke China.

Menurut rekod sejarah China, Sejarah Dinasti Sui menyenaraikan tajuk 60 koleksi ilmu astronomi India yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina. Pada zaman dinasti Tang (618-907) pula, kalendar lunar Cina didapati kurang tepat maka sistem India diperkenalkan pada akhir kurun ke-7. Salah seorang ahli astronomi India terpenting, Gautama dan keturunan beliau sebanyak empat generasi telah berkhidmat di Balai Cerap Tang selama 110 tahun. Melalui kerjasama dan usaha sama antara pakar astronomi India dan China maka satu sistem kalendar lunar Cina yang baru telah diperkenal dan dirasmikan pada tahun 727.

Dalam bidang ilmu perubatan, tamadun India dan Cina masing-masing mempunyai keunggulan tersendiri. Semasa sami Cina, Yi Jing, melawat India pada tahun 671-685 yang bertujuan untuk mempelajari dan mengkaji kitab Buddha, beliau mendapati perubatan Cina sangat diberikan kedudukan dan penghormatan tinggi di India. Namun begitu, ahli-ahli perubatan Cina amat tertarik dengan teori dan presknpsi India. Mengikut Sejarah Dinasti Sui, banyak karya perubatan India diterjemahkan ke dalam bahasa Cina, manakala dalam


buku-buku perubatan dinasti Tang tercatat juga ubat dan teknik surgeri India dalam bidang oftalmologi, pediatriks dan ginakologi. Mengikut rekod sejarah, istana Tang amat menaruh keyakinan pada ahli-ahli perubatan India dan antara ubat yang diperkenalkan ialah ubat untuk umur panjang.

Kitab-kitab Buddha boleh dianggap sebagai ciptaan sastera yang penuh dengan pelbagai puisi indah, dongeng dan ibarat untuk menambah daya penarikan doktrin Buddha dan menerangkan kisah mengenai kehidupan dan perbuatan Buddha. Oleh itu, kitab Buddha membekalkan banyak bahan untuk panduan dan rujukan kepada kesusasteraan Cina, lalu memperkayakannya dari segi perbendaharaan kata, tema, gaya atau genre. Mengikut satu pendapat, perkataan dan frasa dalam bahasa Cina yang ada kaitan dengan konsep Buddhisme berjumlah 30,000. Corak Bianwen, iaitu satu genre penulisan naratif yang digunakan untuk menyampaikan dongeng pada zaman dinasti Tang (618-906) dan ditulis dalam bentuk prosa bercampur dengan puisi, adalah sama dengan corak sesetengah kitab-kitab Buddha.

Pengajian mengenai fonetik bahasa Cina sukar untuk dilakukan kerana bahasa ini tidak berabjad. Bermula dari zaman dinasti Sui (581-618), ilmu fonetik bahasa Cina menjadi semakin maju kerana orang Cina menggunakan pengetahuan dan teknik-teknik daripada ilmu fonetik bahasa Sanskrit. Fanqie iaitu suatu cara orang Cina menunjukkan sebutan perkataan, adalah salah satu hasil penting yang berkaitan.

Buddhisme merupakan satu sistem falsafah selain sebagai sistem kepercayaan, dan antara falsafah India, falsafah Buddha adalah yang paling berpengaruh di China. Beberapa aliran falsafah Buddha telah dikembangkan di China antaranya aliran Tiantan, Huayan dan Chan (Zen dalam bahasa Jepun). Kesemua aliran ini memberikan dampak tertentu terhadap Neo-Daoisme dan Neo-Konfusianisme.

Pada kurun ke-10, kedudukan agama Buddha di India semakin merosot dan akhirnya kehilangan pengaruh. Selepas itu, agama ini tidak begitu penting lagi dalam interaksi antara India dengan China. Namun begitu, ini tidak menjejaskan pengaruh Buddhisme di bulatan budaya Cina. Pada kurun-kurun berikutnya, hubungan India dengan China semakin meningkat tetapi hanya dalam bidang perdagangan dan diplomatik. Hubungan ini mencapai zaman kemuncaknya melalui ekspedisi-ekspedisi Hulubalang Zheng He ke India pada kurun ke-15. Dapat dirumuskan, bahawa sebahagian besar dialog antara tamadun Cina dengan India berlangsung melalui peranan agama Buddha.

19.3.4 Interaksi Budaya Cina dengan Dunia Islam

Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua saluran jalan pada kira-kira kurun ke-8: pertamanya, melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China (mereka ini mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou dan Quanzhou; dan keduanya, melalui peranan


pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan. Di peringkat awal, walaupun terdapat cebisan-cebisan tulisan dalam bahasa Cina mengenai Islam demi memperkenalkan ajaran agama ini kepada orang Cina tetapi ianya didapati tidak berkesan. Dampak Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina sertaterjemahantentang agama Islam. Mereka tidak sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam tetapi juga pakar dalam klasik Cina, khasnya klasik Konfusianisme. Antara mereka, Wang Daiyu ialah tokoh yang pertama menghasilkan karya tentang agama Islam dalam bahasa Cina. Karya pertama beliau yang berjudul Zhengiao zhenquan (Anotasi Tulin Ajaran Ortodoks) diterbitkan pada tahun 1642. Semenjak itu, berpuluh-puluh sarjana Konfusian-Muslim mengikut jejak langkah Wang Daiyu dalam memainkan peranan penting dan memberikan sumbangan dalam tradisi keilmuan Islam di negara China.

Melalui penelitian terhadap hasil-hasil karya sarjana-sarjana tersebut, diperlihatkan beberapa ciri-ciri yang menonjol. Misalnya, demi membolehkan orang Cina memahami dan menenma agama Islam, Wang Daiyu menggunakan beberapa istilah atau konsep Konfusian seperti xiao (penghormatan terhadap ibu bapa), zhong (kesetiaan), shu (altruisme) dan sebagainya untuk menerangkan ajaran Islam. Liu Zhi pula menggunakan kata-kata Konfusius dan Mensius yang sesuai untuk menerangkan hukum syariah agama Islam, dan menganggap shangdi dalam klasik Konfusian seerti dengan Tuhan Yang Maha Esa dalam Islam. Kedua-dua mereka juga cuba mencantumkan konsep wugong (lima rukun) dalam Islam dengan konsep wude (lima sifat baik) dalam Konfusianisme untuk menunjukkan bahawa Islam dan Konfusianisme tidak bercanggah sama sekali tetapi sebaliknya adalah saling melengkapi. Usaha-usaha penyesuaian ini tidak menjejaskan prinsip-prinsip asas dan identiti Islam sebagai agama. Pada masa itu dan sehmgga kirn, agama Islam ditenma dengan baik di negara China. Rakyat China yang beragama Islam dianggarkan sejumlah 17 juta orang dan terdiri daripada 10 kaum. Kebanyakan penganut Islam berbangsa Cina ini terdapat di kawasan autonomi seperti Xinjiang, Ningxia dan beberapa wilayah lain di bahagian barat laut China.

Interaksi budaya antara China dengan dunia Arab, terutamanya dalam perdagangan barangan dua hala berlangsung dalam tempoh masa yang panjang. Mengikut rekod sejarah, tentera Cina tewas dalam pertembungan dengan tentera Arab di Sungai Talas pada tahun 751. Salah satu kesan dari peristiwa ini ialah teknologi Cina dibawa dan diperkenalkan ke dunia Arab dan kemudian dari sana diperkenalkan ke benua Eropah. Teknologi membuat kertas merupakan satu contoh yang menonjol dari sana ke Eropah. Teknologi membuat kertas merupakan contoh yang paling menonjol kerana tawanan Cina telah mengajar


orang Arab mengenai teknologi ini. Teknologi ini kemudiannya disebarkan dari Samarkand ke Baghdad dan Damascus, ke Mesir dan Maaghreb, dan akhi-nya ke Andalusia (Sepanyol) pada kurun ke-10. Selain itu, antara tawanan Cina terdapat juga tukang sepeiti tukang tenun sutera, tukang emas dan pelukis. Tiga ciptaan Cina yang penting, iaitu kompas (kk pada kurun ke-13), bahan letupan (pada kurun ke-8) dan teknologi pencetakan (pada kurun ke-13) juga diperkenalkan ke dunia Arab dan seterusnya dari sana ke Eropah. Selain itu, teknologi metalurgi (logam dan aloi) dan barangan Cina lain seperti sutera dan porselin juga sampai ke dunia Arab sebelum merebak ke Eropah dan Afrika.

Dari dunia Arab pula, selain daripada barangan rempah dan bahan-bahan perubatan, pelbagai ilmu pengetahuan dibawa masuk dan diperkenalkan ke China secara besar-besaran sejak zaman dinasti Tang (618-907). Misalnya, Li Xun (kk 855-930), seorang sarjana Muslim Cina yang berasal dari Parsi, telah menyusun enam jilid Haiyao bencao (Materia Medica Seberang Laut) yang mencatat sekurang-kurangnya 124 jenis ubat-ubatan dari Arab. Kaedah rawatan dan perubatan dari Arab atau Parsi juga dibawa masuk ke China. Dalam bidang astronomi, Jamal al-Din, seorang ahli astronomi Parsi, telah mencipta tujuh jenis peralatan astronomi serta satu kalendar baru untuk Kublai Khan pada tahun 1267. Selain itu, seorang Nestorian dari Syria bernama Ai-xue (Isa Tarjaman), ahli matematik dan astronomi yang juga pakar perubatan dan farmasi, berkhidmat dengan kerajaan Mongol antara tahun 1250-1308; manakala Alowating (mungkin ala' al-Din) dan Isumayin (mungkin Ismail) berkhidmat pada tahun 1271. Rekod sejarah juga menunjukkan bahawa orang Cina mula menggunakan angka Arab pada zaman dinasti Yuan (1260-1368).

Kesan pengaruh atau dampak Islam terhadap kebudayaan Cina dapat dibuktikan dari segi fizikal melalui reka bentuk beribu-ribu masjid, dewan membaca al-Quran dan tanah-tanah perkuburan di seluruh negara China. Secara umumnya, reka bentuk masjid di China terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu pertama, yang mengekalkan ciri-ciri reka bentuk masjid Arab, seperti kebanyakan masjid di Xinjiang; dan keduanya, mirip kepada reka bentuk kuil atau istana Cina tradisional, terutamanya yang dibina selepas kurun ke-14, dengan menggunakan kayu sebagai komponen bahan utama seperti masjid Niujie di Beijing. Walau bagaimanapun, hanya struktur luar sahaja kelihatan menerima pengaruh seni bina Cina tradisional sedangkan bahagian dalaman masjid di China tidak mengorbankan sama sekali prinsip asas agama Islam.

19.3.5 Dampak Barat dan Respons China

Pada kurun ke-13, apabila negara China diperintah oleh dinasti Mongol, terdapat ramai golongan pengembara dan mubaligh yang datang dan ada amara mereka yang menetap di sini. Marco Polo (1275-1292) misalnya, dikaiakan bertugas sebagai pegawai di China selama 16 tahun dan rekod pengembaraannva di China


amat mengagumkan orang Barat. Pengalaman Marco Polo dianggap sebagai satu fasa baru bagi interaksi budaya antara China dengan Barat.

Melalui interaksi awal dengan Barat, agama Kristian dibawa masuk ke China oleh penganut Kristian Nestorian sebelum kurun ke-7, tetapi ia gagal menarik perhatian dan minat orang Cina. Pengaruh agama Kristian mulai bertapak pada akhir kurun ke-16 apabila maharaja dinasti Ming (1368-1644) membenarkan para mubaligh Jesuit yang diketuai oleh Matteo Ricci (1552-1610) membinagerejasertamenetapdiBeijing dan bandar-bandar lain. Matteo Ricci merupakan seorang Jesuit dari Itali yang tiba di China pada tahun 1582. Di waktu itu, revolusi sains baru sedang bermula di Eropah sedangkan ilmu sains di China sedang mengalami kemerosotan. Beliau berada di China selama 28 tahun dan menetap di Beijing selama 10 tahun. Dengan matlamat untuk menyebarkan agama Kristian, beliau menggunakan strategi penyesuaian diri dengan kebudayaan Cina. Beliau mempelajari bahasa dan sejarah Cina, mengangkat nama Cina, Li Madou, mempelajari Konfusianisme dan menghormati tradisi Cina termasuk amalan pemujaan nenek moyang. Ricci juga memperkenalkan ilmu pengetahuan Barat yang ma)u dalam bidang sains, matematik, perubatan, geografi dan astronomi. Misalnya, beliau menghasilkan peta dunia baru, mencipta beberapa peralatan astronomi, menterjemahkan buku- buku mengenai agama, astronomi, matematik dan sains. Ini menimbulkan kekaguman orang Cina khususnya pegawai-pegawai kerajaan. Oleh itu, memang diakui kebenaran bahawa Ricci telah memainkan peranan penting sebagai pembina jambatan budaya baru antara China dengan dunia Barat.

Di negara China pula, Xu Guangqi (1562-1633), seorang pegawai Cina Muslim dan juga pembantu Matteo Ricci, telah menghasilkan banyak buku sains merangkumi pelbagai bidang seperti matematik, astronomi, pertanian, ketenteraan dan perubatan. Xu Guangqi memang boleh dianggap sebagai pengasas sains moden Cina dan juga penghubung antara sains Barat dengan cendekiawan Cina.

Ternyata bahawa interaksi antara China dengan Barat bermula melalui penyebaran berbentuk kebendaan termasuk empat ciptaan agung Cina. Akibatnya, orang Barat sedar akan penting dan perlunya untuk mengadakan hubungan dengan China. Pada kurun ke-18, minat orang Barat terhadap China, yang mula-mula bertumpu pada aspek kebendaan seperti sutera dan porselin, telah beralih kepada pemikiran dan kebudayaan. Misalnya, Francois Voltaire (1694-1778), seorang ahli falsafah dan pemikir Perancis yang menyanjung tinggi Konfusius sebagai The Sage of Morality, dan Gottfried W. Leibniz (1646-1716), seorang ahli falsafah Jerman yang memuji keunggulan akhlak masyarakat Cina. Gottfried W. Leibniz dan sesetengah sarjana Eropah berpendapat bahawa budaya Cina dan budaya Eropah masing-masing mempunyai kekuatan yang tidak bercanggah tetapi saling bermanfaat. Misalnya, Barat lebih maju dalam bidang sains semula jadi, sains pemikiran dan logik, sedangkan falsafah Cina


mengutamakan kegunaan dan etika dalam pengurusan masyarakat dan negara. Maka interaksi budaya antara dua pihak ini pasti akan mendatangkan manfaat kepada kedua-duanya.

Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya peranan mubaligh dan orang Barat sebelum kurun ke-20 tidak mendatangkan kesan yang kuat terhadap China, kerana kebanyakan golongan intelektual Cina masih bertanggapan bahawa Barat sebagai barbarian tidak setanding dan setarafdengan China yang mempunyai tamadun yang terunggul di dunia. Apabila Yong Zheng ditabal sebagai Maharaja (r. 1723-173 5), beliau memerintahkan semua mubaligh supaya berpindah ke Macao dan dihalang masuk ke China, kerana beliau mengesyaki mereka sedang berkonspirasi menggulingkannya. Oleh yang demikian, pintu ke China telah pun tutup bagi orang Jesuit dan mubaligh Kristian lain selama 120 tahun sehingga tamatnya Perang Candu pada tahun 1842. Dasar tutup pintu (isolasi) ini menyebabkan China ketinggalan zaman dan mengalamai kemunduran pada kurun ke-19.

Sejak pertengahan sehingga ke akhir kurun ke-19, negara China telah mengalami kekalahan berturut-turut dalam empat peperangan utama dengan kuasa-kuasa asing seperti Perang Candu (1839-1842), Perang Anglo-China (1856-1860), Perang China-Perancis (1884-1885) dan Perang China-Jepun (1894-1895). Setiap kali ditewaskan, kerajaan Qing terpaksa menandatangani perjanjian yang tidak adil dengan kuasa asing, antaranya membayar berjuta-juta wang ganti rugi, menyerahkan hak milik kawasan tertentu, membuka pelabuhan tertentu untuk perdagangan, memberikan hak bidang kuasa luar wilayah (extraterritoriality rights), serta status negara yang paling diutamakan (most-favoured nation).

Dalam jangka masa setengah kurun tersebut, kekalahan berturut-turut yang amat memalukan China telah mendatangkan pelbagai reaksi dari golongan intelektual Cina. Di kalangan mereka ada yang berpendapat bahawa supaya terus hidup, orang Cina hams mempelajari barbarian untuk mengawal barbarian, khasnya ilmu pengetahuan Barat dalam bidang ketenteraan dan persenjataan moden. Antara langkah yang dilaksanakan ialah pelancaran Gerakan Menguatkan Kendiri (Self-Strengthening Movement) dan penubuhan Biro Penterjemahan. Namun begitu, langkah-langkah tersebut hanya memperkenalkan modenisasi yang dianggap cetek dan tidak berkesan manakala perkembangan sistem politik, institusi ekonomi dan sistem pendidikan diabaikan atau dipinggirkan. Slogan yang terkenal pada akhir kurun ke-19 ialah "Ilmu Cina sebagai asas, ilmu Barat untuk kegunaan" (Chinese learning as essence. Western learning for practical use)'yang diutarakan oleh Zhang Zhidong (1837-1909) pada tahun 1898.

Sarjana lain pula seperti yang diwakili oleh Liang Qichao (1873-1929), melancarkan Gerakan Reformasi 100 Hari (Hundred Days' Reform} pada tahun 1898. Matlamat gerakan ini bertujuan untuk menasihati Maharaja Qing supaya


mencontohi reformasi institusi dan politik yang dilancarkan di Jepun oleh Emperor Meiji, yang dikenali sebagai Temulihan Meiji". Namun begitu, usaha gerakan ini mengalami kegagalan kerana maharaja ketika itu tidak mempunyai kuasa sebenar. Sementara itu, rakyat Cina telah menunjukkan sikap permusuhan terhadap orang Barat yang dianggap bertanggungjawab terhadap segala huru- hara yang sedang berlaku di negara China. Dua tahun selepas kegagalan gerakan reformasi ini seiring dengan sikap permusuhan maka tercetuslah Pemberontakan Boxer yang mengakibatkan banyak jiwa terkorban dan harta benda musnah. Kejadian-kejadian tersebut telah menyebabkan seluruh rakyat Cina hilang keyakinan terhadap pemerintahan dinasti Qing.

Pada akhir kurun ke-19, Dr. Sun Yatsen (1866-1925) berpendapat bahawa negara China tidak dapat diselamatkan dengan perubahan sesetengah institusi-institusi sahaja (tidak menyeluruh) dan penderitaan China hanya dapat diselesaikan dengan tindakan menggulingkan dinasti Qing. Walaupun pemerintahan dinasti Qing kemudiannya dijatuhkan melalui Revolusi 1911, cara hidup tradisi dan fahaman lapuk orang Cina masih berkekalan, dan keadaan negara terus kacau-bilau. Sistem pemerintahan berbentuk republik diperkenalkan tetapi tidak membawa banyak erti kepada rakyat kerana negara China masih terus mundur. Oleh itu, golongan intelektual Cina berpendapat bahawa China tidak akan menjadi negara moden, jika perubahan pemikiran di kalangan rakyat dan pembelajaran mengenai cara Barat (ilmu Barat) secara keseluruhan tidak berlaku. Untuk mencapai matlamat ini, diperkenalkan Gerakan Kebudayaan Baru oleh kalangan intelektual yang menerima pendidikan sama ada di Jepun, negara Eropah atau Amerika Syarikat. Puncak gerakan ini ialah Gerakan 4 Mei pada tahun 1919 yang mengakibatkan pertentangan sepenuhnya terhadap cara hidup tradisi lama dan segala ajaran Konfusius. Banyak aliran pemikiran falsafah Barat telah diserap masuk ke negara China. Berikutan interaksi dengan Barat ini, golongan intelektual Cina amat tertarik dengan dua ideologi Barat iaitu pertama, PragmatismeJohn Dewey yang menekankan pendekatan evolusi untuk memajukan keadaan sosial, dan keduanya, Marxisme yang menekankan pendekatan revolusi yang berinspirasikan kejayaan peristiwa Revolusi Rusia. Selain itu, dua konsep yang popular pada masa itu ialah "sains " dan "demokrasi".

Selain perubahan sistem politik, pengaruh Barat telah mendorong tercetusnya banyak perubahan-perubahan sosial di negara China. Pada tahun 1905, Peperiksaan Perkhidmatan Awam yang telah berrungsi sebagai tangga mobihti ke kelas atasan selama berkurun-kurun lamanya telah dimansuhkan. Sistem pendidikan tradisi telah digantikan dengan institusi-institusi pendidikan Barat. Pengaruh Barat semakin ketara terutama selepas Gerakan 4 Mei apabila nilai-nilai Barat seperti idea individu, kebebasan dan persamaan antara lelaki dan wanita tersebar luas. Dalam bidang bahasa dan kesusasteraan pula, karya- karya berbahasa vernakular telah menggantikan karya-karya berbahasa klasik yang selama lebih dua ribu tahun telah dianggap sebagai ortodoks. Sastera moden


yang mencontohi sastera Barat juga menjadi popular. Walaupun pelbagai usaha dilaksanakan dan perubahan-perubahan berlaku di kalangan orang Cina, namun keadaan politik pada tahun-tahun selepas Gerakan 4 Mei masih tidak tenteram dan stabil, maka ini bermakna usaha-usaha pemodenan dianggap masih belum selesai dan mencapai matlamat.

19.4 TAMADUN CINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA

19.4.1 Prospek Globalisasi: Masalah dan Cabaran
Dari segi persejarahannya, negara Malaysia merupakan satu dataran bagi pertembungan beberapa tamadun utama Timur dan Barat kerana kedudukannya dari segi geografi. Akibatnya kini, Malaysia mempunyai sebuah masyarakat majmuk dengan berbilang kelompok etnik masing-masing mempunyai tradisi budaya yang berakar umbi dalam tamadun-tamadun yang bertembung itu. Hakikat ini serta implikasi-implikasinya bagi pembinaan negara perlu disedari dan diambil kira oleh para pemimpin dan rakyat Malaysia. Oleh itu, sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957, integrasi nasional diberikan penekanan sebagai satu nilai yang terunggul dalam proses pembinaan negara. Dalam hubungan ini, pucuk pimpinan negara hendaklah berpegang kepada integrasi nasional yang harus berasaskan keharmonian antara kaum melalui interaksi budaya dan dialog peradaban serta keadilan terhadap semua pihak.

Di peringkat global, kemajuan sains dan teknologi telah meningkatkan taraf hidup manusia pada kurun ke-20 dan awal kurun ke-21 ini yang memungkinkan terbentuknya zaman informasi (teknologi maklumat). Proses globalisasi dalam zaman informasi ini turut melibatkan Malaysia. Malaysia dan negara-negara lain akan menghadapi tiga prospek yang berkaitan iaitu pertama, negara-negara harus bekerjasama untuk menangani segala masalah dan cabaran yang berbangkit daripada globalisasi; kedua, interaksi budaya dan dialog peradaban akan menjadi lebih giat dan mendalam; dan ketiga, satu set ideal, kepercayaan dan nilai yang baru harus dikenal pasti untuk dipatuhi di peringkat sejagat. Dalam hubungan ini, Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991 merupakan cita-cita dan strategi pucuk pimpinan negara untuk menghadapi tiga prospek globalisasi yang tersebut itu. Pada ketika ini, Malaysia amat beruntung kerana memiliki satu khazanah yang kaya dengan pelbagai sumber kerohanian. Sumber-sumber kerohanian sejagat ini harus digali, dikupas dan diberi pengertian baru dalam konteks semasa. Penemuan-penemuan daripada penelitian semula ini akan menyumbang kepada perumusan ideal, kepercayaan dan nilai untuk negara dan dunia sejagat.

Dalam proses globalisasi ini, wujud masalah-masalah dalam zaman informasi. Walaupun banyak kemajuan yang telah dicapai dalam zaman moden


ini, namun manusia masih menghadapi masalah-masalah yang berkesinambungan semenjak dahulu dan baru yang lebih mencabar. Antara masalah-masalah tersebut ialah pertama, pembangunan ekonomi dan kebendaan jauh lebih pesat berbanding dengan pembangunan kerohanian. Kedua, oleh sebab pengagihan kekayaan yang tidak seimbang, sebilangan besar manusia masih menghadapi masalah- masalah akibat kemiskinan dan kemunduran. Ketiga, institusi keluarga dan perkahwinan menjadi semakin lemah atau longgar kerana diserap oleh unsur- unsur negatifmodenisasi, mengakibatkan kemerosotan ketenteraman sosial dan keruntuhan akhlak di kalangan sesetengah masyarakat moden. Dan keempat, akibat eksploitasi sumber alam secara besar-besaran, pencemaran alam sekitar dan gangguan keseimbangan ekologi akan mengancam kehidupan manusia. Masalah-masalah tersebut disebabkan oleh kemerosotan akhlak dan kelemahan manusia sendiri, seperti kecenderungan kepada amalan rasuah, sifat tamak haloba, sifat mementingkan nafsu, sifat mementingkan diri dan sikap materialistik. Justeru itu, dimensi moral dan etika adalah penting dan harus diambil kira demi mengatasi masalah-masalah ini.

Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam proses pembinaan negara dan pemantapan tamadun Malaysia terkandung dalam Wawasan 2020. Antaranya, yang paling utama adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dengan sifat-sifat yang diingini, supaya masalah-masalah pada zaman informasi itu dapat diatasi. Masyarakat yang diidamkan adalah seperti berikut:

1. Masyarakat yang demokratik, mengamalkan "demokrasi Malaysia" yang mantap, bermuafakat dan berorientasikan komuniti.

2. Masyarakat yang bermoral dan beretika dengan rakyatnya berpegang kuat pada nilai-nilai agama dan rohaniah serta mempunyai standard etika yang tertinggi.

3. Masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi, supaya rakyat yang berbilang kaum bebas mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama masing-masing tanpa keterasingan.

4. Masyarakat yang berkebudayaan penyayang yang berteraskan satu sistem sosial yang memegang pada konsep kepentingan kolektif mendahului kepentingan individu, dan satu institusi keluarga yang teguh supaya kebajikan warganya berkisar pada keluarga, dan bukan pada kerajaan atau negara.

Dapat dirumuskan bahawa cabaran yang dihadapi oleh Malaysia adalah untuk mendirikan sebuah negara-bangsa beretika yang terdiri daripada rakyat yang beretika, yang menempatkan pula dalam keluarga yang beretika.

Pada tahun-tahun 1990-an, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan beberapa konsep dan rancangan baru untuk merealisasikan matlamat Wawasan


2020. Antaranya, Multimedia Super Corridor (MSC) yang merupakan satu projek untuk memenuhi keperluan telekomunikasi antara negara dengan dunia pada zaman informasi ini. Projek ini akan melibatkan banyak pelaburan dalam pembangunan tenaga manusia demi perkembangan teknologi peraiatan (hardware) dan program perisian (software). Selain itu, Malaysia memerlukan banyak lagi tenaga manusia yang terlatih dalam pelbagai bidang demi menmgkatkan produktiviti setiap sektor, khususnya perindustrian dan perdagangan. Oleh itu, pendidikan negara harus dipertingkatkan dari segi kualiti dan kuantiti. Sehubungan ini, beberapa inovasi telah diperkenalkan dalam bidang pendidikan. Inovasi yang agak berkesan ialah sektor swasta dibenarkan melabur dalam bidang pendidikan terutamanya pada peringkat tinggi. Melalui usaha bersama sektor awam dan sektor swasta, kini kemampuan sistem pendidikan Malaysia membekalkan kemudahan-kemudahan untuk latihan dan penyelidikan telah meningkat berlipat ganda, di samping melatih dan mengeluarkan sumber tenaga manusia. Dua lagi rancangan inovatif dalam pendidikan ialah sekolah bestan (smart school) dan universiti maya (virtual university) yang menggunakan teknologi telekomunikasi dari MSC. Perkembangan ini akan mendatangkan pembaharuan yang bersifat revolusi dalam pendidikan, lalu menjelmakan cita-cita Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini dan juga sebuah negara yang maju pada kurun ke-21.

Sejak Julai 1997, Malaysia dan juga beberapa buah negara di Asia Tenggara dan Asia Timur mengalami kegawatan ekonomi yang agak teruk. Oleh sebab terdapatnya banyak faktor luaran yang di luar kawalan negara kita dan dunia, kita mungkin akan menghadapi prospek kemerosotan yang umum. Justeru itu, Wawasan 2020 mungkin tidak dapat direalisasikan dalam tempoh masa yang dirancangkan. Walau bagaimanapun, ideal, kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh rakyat dan pucuk pemimpin Malaysia tetap tidak berubah, sekiranya Wawasan 2020 terus menjadi cita-citanva.

19.4.2 Tamadun Cina: Relevansinya di Malaysia dan Dunia

Berdasarkan masyarakat ideal yang digambarkan di atas, Wawasan 2020 terus menyatakan pelbagai wawasan rakyat Malaysia pada kurun ke-21 dan strategi untuk merealisasikannya. Nilai-nilai yang harus dioenkan tumpuan dapat dikenal pasti daripada kenyataan ini. Bahagian ini akan mengenal pasti nilai-nilai itu dan membandingkannya dengan nilai-nilai dalam tamadun Cina untuk melihat persamaan dan kaitan antara kedua-dua set nilai itu. Perbandmgan ini dilakukan dengan merujuk kepada wawasan atau strategi dalam bidang-bidang tertentu iaitu bidang politik, sosial, psikologi, ekonomi, pendidikar. dan pemeliharaan alam sekitar.

Dalam bidang politik, nilai utama yang diberikan tumpuan ialah integrasi nasional (perpaduan nasional). Selain itu, yang ditekankan ialah mengenai ideal demokrasi (khasnya kematangan, kemuafakatan, komuniti sebagai


tumpuan), keamanan dan keharmonian, keadilan dan dedikasi terhadap negara. Tamadun Cina yang berasaskan humanisme dan moralisme memang menekankan keharmonian, kesederhanaan, keadilan, ketaatan dan ideal-ideal demokrasi seperti yang terkandung dalam The Grand Unity sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini.

Dalam bidang sosial, yang diidamkan ialah sebuah masyarakat bermoral dan beretika, berkebudayaan penyayang, bersifat terbuka dan toleransi, bersifat bebas untuk mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama, bersifat saintifik dan progresif, dan berasaskan institusi keluarga yang kukuh. Sebagai mana yang telah dibincangkan sebelum ini, tamadun Cina dalam proses perkembangannya telah menerima banyak pengaruh agama dan kebudayaan asing kesan daripada interaksi dengan tamadun lain. Tamadun Cina memang bersifat terbuka dan bertolak ansur. Selain itu, sistem etika Cina sejak zaman purba berasaskan keluarga semata-mata dan mengutamakan kebaikan hati (benevolence atau cohumanity) serta keharmonian dalam hubungan antara sebarang entiti (individu, kelompok, alam). Oleh itu, ajaran Konfusianisme mungkin memberi banyak implikasi bagi pemupukan kebudayaan penyayang dan pembangunan masyarakat yang beretika, liberal dan bebas dari segi agama dan budaya.

Dalam bidang psikologi, rakyat Malaysia harus dibangunkan psikologinya agar selaras dengan aspek pembangunan yang lain terutama pembangunan kebendaan. Sifat-sifat psikologis yang diperlukan ialah keyakinan kendiri secara kolektif, iaitu rasa bangga kerana keahlian dalam masyarakat dan pencapaian masyarakat; bersikap teguh terhadap pelbagai cabaran; tabah hati mengejar kualiti; dan adanya pembebasan psikologi (tidak rasa diri kurang penting). Dalam tamadun Cina yang bercirikan personalisme sebagaimana yang telah dibincangkan, pemupukan kendiri wajar diamalkan atas premis bahawa manusia berkeupayaan untuk mencapai semaksima kebaikan dan memberi manfaat. Lanjutan daripada premis ini ialah kepercayaan bahawa setiap orang tanpa mengira latar belakangnya harus dididik dan boleh dididik. Selain itu, pemupukan kendiri dalam tradisi Cina bertujuan untuk kepentingan keluarga, negara dan dunia, dan bukan untuk diri sendiri semata-mata. Nyatalah bentuk- bentuk pemikiran ini terdapat dalam tamadun Cina yang sememangnya relevan sebagai pedoman untuk merancang kurikulum dan pedagogi bagi pembangunan psikologi yang dimgini.

Dalam bidang ekonomi, keadilan dan sikap berpatutan merupakan dua nilai yang penting. Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan kekayaan secara adil saksama dan pekerjaan tidak dikenal pasti dengan ras. Sebenarnya keadilan pengagihan kekayaan adalah salah satu ideal dalam The Grand Unity. Selain itu, terdapat banyak nilai dalam tamadun Cina yang patut ditekankan dalam aktiviti ekonomi. Misalnya, kerajinan, berjimat-cermat, tanggungjawab (komitmen), integriti dan ketaatan akan memanfaatkan


pertubuhan perniagaan secara langsung; nilai etika seperti keharmonian, kesetiaan, kesopanan, kepatuhan kepada norma dan peraturan, disiplin din, semangat bekerjasama dan sebagainya mungkin memberi implikasi yang positif bag! teori organisasi, tingkah laku organisasi, pengurusan perniagaan dan psikologi perindustrian.

Dalam bidang pendidikan, pendidikan merupakan kunci pembangunan dan medium untuk merealisasikan Wawasan 2020. Banyak inovasi dan ciri baru diperkenalkan ke dalam sistem pendidikan sejak tahun 1990. Kita harus mengambil satu perspektif perbandingan supaya kebijaksanaan dan fikiran Konfusianisme dan tradisi lain dapat digunakan dalam segala pertimbangan mengenai perkembangan kurikulum dan strategi mengajar dan pengajaran. Dalam konteks ini, warisan-warisan tamadun Cina yang relevan dan menarik hati ialah pertama, kepercayaan optimistik pada potensi manusia untuk mencapai kecemerlangan individu atau berkelompok; kedua, pendidikan sentiasa diutamakan; ketiga, kepercayaan bahawa setiap individu harus dan boleh dididik; keempat, pembentukan keperibadian atau ajaran moral dan etika diberikan keutamaan; dan kelima, guru harus dihormati dan diberi status sosial yang tinggi. Nyatalah bahawa warisan-warisan ini adalah berpunca daripada humanisme, personalisme, intelektualisme dan moralisme dalam tamadun Cina.

Dalam bidang pemeliharaan alam sekitar, isu ini menjadi semakin runcing dan memerlukan persetujuan konsepsi dan kerjasama di permgkat sedunia. Secara asasnya, manusia perlu merujuk kepada tradisi yang menekankan serta mengamalkan hubungan harmoni antara manusia dengan alam semulajadi. Sehubungan ini, tamadun harus berdialog antara satu dengan yang lain supaya mencapai satu konsepsi yang rasional mengenai alam, kaitannya dengan manusia dan kewajipan manusia bagi mengatasi kemerosotan mutu alam sekitar. Mengikut ajaran sama ada Konfusianisme, Daoisme atau Buddhisme dalam tamadun Cina, manusia berkedudukan setaraf dengan alam, maka manusia harus berusaha memahami prinsip-prinsip alam semesta (tian) supaya tercapai satu keadaan yang dikenali sebagai "kesatuan tian dengan manusia". Fahaman mengenai alam dan keadaan kesatuan ini adalah bersifat transendensi dan bukan empirik. Walau apapun, keharmonian yang tertinggi darjahnya harus diusahakan dalam hubungan manusia dengan alam semesta.

19.4.3 Kekuatan Tamadun Cina sebagai Sumber Rujukan

Selain daripada adanya kaitan tamadun Cina, khasnya sistem nilainya dengan Malaysia dan dunia dalam konteks pembentukan semula sistem etika, perlu ditekankan di sini bahawa terdapat tiga kekuatan tamadun Cina sebagai sumber rujukan.

Pertama, dan sudut kesesuaian. Ideal Konfusian mengenai penubuhan sesebuah negara beretika bersesuaian dengan Wawasan 2020. Kedua-duanya mempunyai konsepsi yang sama mengenai kepercayaan, ideal dan nilai.


Khususnya, keluarga dianggap sebagai satu institusi sosial penting yang seharusnya dipelihara dan dipertahankan. Tambahan lagi, Malaysia sebagai satu negara-bangsa moden amat komited terhadap pembangunan pendidikan, berdasarkan kepercayaan pada perkembangan sepenuh potensi manusia peringkat perseorangan. Dalam hal ini, ideologi Konfusianisme yang berteraskan humanisme, humanitarianisme, intelektualisme dan rasionalisme, adalah secocok dengan fikiran pendidikan moden di Malaysia dan dunia.

Kedua, dari sudut skop yang komprchensif. Sungguhpun Konfusianisme dikembangkan lebih kurang 2,500 tahun dahulu, konsepsinya mengenai perhubungan sosial, iaitu Lima Perhubungan (wulun), adalah sahih lagi komprehensifsehingga masa kini. Dalam Konfusianisme, nilai, sifat moral dan prinsip etika yang berkisar kepada lima perhubungan sosial adalah penting dan cukup sesuai untuk memberi ilham kepada mereka yang memikirkan satu sistem nilai yang sewajarnya.

Dan ketiganya, dari sudut kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan. Wawasan Konfusian mengenai masa depan manusia, seperti yang dinyatakan dalam The Grand Unity amat berkaitan dengan masyarakat global. Pada tahun- tahun kebelakangan ini terdapat ramai sarjana yang terlibat dalam perbincangan tentang kaitan tamadun Cina dengan dunia moden dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi, pendidikan, ketenteraan, pemeliharaan alam sekitar, pengurusan perniagaan, perubatan dan kesihatan. Pelbagai pendapat tentang keistimewaan atau keunikan dan juga kelemahan-kelemahan dalam tamadun Cina telah diutarakan. Sebilangan kecil mereka menegaskan bahawa tamadun Cina yang wujud dan berlangsung beribu-ribu tahun itu mempunyai unsur-unsur yang kurang sesuai pada masa kini. Namun, pada keseluruhannya, kebanyakan sarjana percaya bahawa tamadun Cina mempunyai unsur positif dan kebijaksanaan seperti yang telah dibincangkan. Tegasnya, seperti tamadun- tamadun lain yang memiliki jangka hayat yang lama, tamadun Cina yang kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan akan terus menjadi satu sumber inspirasi yang relevan bagi manusia pada kurun ke-21.



4 comments:

  1. jika saudara sudi..

    dalam masyarakat cina khususnya sejak zaman dahulu lagi telah dipraktikkan Feng Shui dlm kehidupan mereka.jika boleh saudara perjelaskan,apakah peranan Feng Shui dalam Tamadun China?

    ReplyDelete
  2. Apa Patang larang dan adab bertegur sapa tamadun cina

    ReplyDelete